Skip to main content

Posts

Rugi

"Ala, ruginya tak tengok bola semalam. Terlupa nak set jam" . H aziq menyatakan rasa ruginya kerana terlepas menonton bola di tv malam tadi. Saya melihat Haziq silap meletak rugi pada tempatnya.Terlepas menonton perlawanan bola merugikan? Perlu difikirkan sama ada "rugi" tersebut memberi manaafat atau tidak kepada kita. Rugi di dunia mungkin boleh dicari, namun rugi di akhirat sangat berbeza. Apabila kehidupan ini dibiarkan berlalu tanpa ada bekalan yang cukup untuk dibawa pada hari perhitungan, itulah rugi yang sebenar. MengadapNya dengan tangan kosong dan tanpa bekal yang menucukupi itulah rugi malah memalukan! " Sayangnya hari ini hujan pula. Tak dapat pergi dengar ceramah ustaz, ruginya !" Rugi yang sebenarnya ialah apabila kita terlupa menambah nilai kebaikan buat diri kita. Dunia adalah tempat bercucuk tanam pohon kebaikan, manakala akhirat tempat kita menuai segala kebaikan. Sebenarnya juga tidak rugi pun kita bersusah payah untuk kesenangan...

Penilaian

S aya makan bersama isteri, Haziq dan Hafiz di sebuah restoran malam tadi. Sedang kami menikmati hidangan, sekonyong-konyong masuk seorang budak dalam lingkungan belasan tahun. Dia memang menarik perhatian saya. Pakaiannya agak lusuh dan kelihatan bertampal di sana sini. Nampak sangat daif. Hafiz yang tidak tahu apa-apa pantas bersuara, "Bang Ngah,teruk ya baju budak tu, sian dia" .Haziq tidak berkata sepatah pun tetapi tekun menyantap nasi goreng pataya kegemarannya.  Budak lelaki itu dihampiri pelayan dan diberikan menu untuknya membuat pilihan. Saya nampak pelayan tersebut hairan mengapa budak itu berani masuk ke dalam restoran itu. Dia pastinya beranggapan budak itu tidak mampu membayar makanan yang ada berdasarkan penampilannya itu. Saya dengar dia bertanya kepada pelayan itu,“ Berapa harga ais krim strawberry dan cokelat? ”Pelayan itu didengar menjawab, "RM20.00" Budak itu menyeluk koceknya dan mengeluarkan beberapa keping siling dan mengiranya. Setel...

Pendosa

S aya menegur Haziq yang bercerita sesuatu yang tidak baik tentang kawannya. Bahawa kawannya memang kerap mencuri, tidak hormat ayah dan ibunya, tidak pernah solat dan sebagainya walaupun benar namun dia tidak seharusnya dilihat begitu.Haziq tidak sewajarnya menilai kawannya begitu kerana dia tidak berlaku adil kepada kawannya. Walaupun kita relatif lebih baik berbanding dengan orang lain, kita tidak seharusnya merasa diri kita sudah sempurna.Jangan ingat hari ini kita beriman, esok lusa kita pasti beriman lagi. Hati kita ini di hujung kekuasaanNya bagi membalikkannya. Justeru itu kita kena jaga iman kita baik-baik, begitu juga iman kawan-kawan kita dan bukannya membiarkan mereka dalam lubang kehinaan selama-lamanya. Saya pernah terbaca sebuah berkisah yang berkaitan dengan bolak balik iman ini. Kisah ini mengajar kita bahawa langit tidak selalunya cerah. Ada ketikanya akan mendung juga.Ia kisah berkenaan seorang alim memandang hina kepada seorang Nasrani yang dilanggarnya secara ...

Kreatif

S aya membeli majalah Solusi edisi terbaru. Antara ruangan yang cepat menangkap perhatian saya ialah ruangan angguk geleng di halaman akhir majalah. Ia menyajikan cerita yang menarik namun tersirat pengajaran. Saya tertarik dengan kisah anggur, epal dan air. Ia tentang kebijaksanaan seorang Ustaz dalam mematahkan hujah lawannya, seorang profesor. A da seorang profesor yang skeptikal terhadap ustaz-ustaz. Pada pandangannya, semua ustaz kolot dan mempunyai tahap intelek kelas ketiga. Hanya pandai mengajar dan berceramah. Selalunya dia akan berkawan dengan ustaz hanya untuk mengenakan mereka. Setakat ni dah lebih 20 orang ustaz berjaya dikenakan olehnya.. Kali ni profesor bertemu lagi dengan seorang ustaz..Lalu berlakulah pertikaman lidah antara mereka berdua. Profesor : Saya sangat suka anggur. Salahkah saya suka memakan anggur? Ustaz : Tentunya tidak.. Profesor : Kalau saya makan anggur dan epal? Ustaz : Tiada masalah.. Profesor : Bagaimana pula jika anggur dan epal...

Diskriminasi

S eorang sahabat lama yang ditemui hari ini bercerita panjang tentang pengalaman kerjanya di salah sebuah syarikat milik orang China. Katanya hampir 10 tahun dia bekerja di syarikat itu. Saya kagum kerana dia dianugerah kekuatan, keberanian dan keyakinan untuk bekerja di sektor swasta ketika ramai yang lain memilih jalan selamat dan selesa dengan bekerja di jabatan kerajaan atau pun sekurang-kurangnya di syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Tidak ramai orang Melayu sepertinya. Dia menyuarakan rasa terkilannya kerana orang Melayu seolah-olah tidak diberi kepercayaan untuk memegang jawatan tertinggi seperti CEO di syarikat besar milik hartawan China. Melayu memang tidak bekemampuan atau berkelayakankah atau sememangnya Melayu tidak diberi tempat di syarikat milik mereka? Adakah memang mereka mengamalkan diskriminasi? Menurutnya, yang pernah bertugas di Bahagian Sumber Manusia, sekiranya dilakukan tinjauan terhadap syarikat-syarikat milik orang China, rata-ratanya orang Melayu cuma l...

Mata

M asa kecil-kecil dulu emak ayah selalu marah-marah kalau anak tonton TV pada jarak dekat, sebab boleh rosakkan mata kononnya. Saya pun memang suka duduk rapat depan tv lebih-lebih lagi kalau cerita katun. Duduk jauh-jauh tidak rasa seronok lebih-lebih lagi kalau saiz tv agak kecil. Lantas kata-kata emak ayah bagaikan tidak diendah sahaja. Namun,menurut Akademi Oftalmologi Amerika (AAO), anak-anak menjadi lebih fokus apabila tonton TV pada jarak dekat tanpa mengalami sakit mata, berbanding orang dewasa. Hal yang harus dititikberatkan ialah betulkan tabiat duduk sewaktu di depan TV atau memegang bahan bacaan yang berdekatan. Walaubagaimanapun, kekerapan menonton TV terlalu lama sedikit sebanyak memang boleh menjejaskan penglihatan. Namun ia bukanlah satu-satunya faktor penyebab kerana faktor genetik juga turut menyumbang. Hafiz yang masuk usia tujuh tahun mengadu tidak nampak dengan jelas tulisan di papan hitam dalam kelasnya. Dia mengadu kepada ibunya dan setelah dilakuk...

Petir

P etir dan kilat sekarang luar biasa impaknya. Angin juga bertiup kencang. Kesan daripada ribut petir dan kilat sabung menyabung, bekalan letrik juga terjejas. Deretan tiga buah bilik tidak berfungsi lampu dan kipasnya. Ia berlaku sejurus selepas petir dan kilat yang kuat. Saya menggunakan khidmat juruletrik untuk mengenal pasti apa yang berlaku. Hasilnya dia mendapati ia berpunca daripada sistem pendawaian yang tidak menurut spesifikasi. Khabarnya banyak juga rumah yang terbabit dan dia tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan yang mendesak mahu cepat. Saya yang buat-buat tidak dengar dengan dentuman petir dan cahaya kilat ketika memesin rumput petang ini dimarahi isteri dan bapa mentua. Katanya ada yang menerima padah kerana tindakan berani itu. Saya cuma mampu menahan telinga sahaja dipasak leteran isteri yang bertalu-talu. Saya tahu memang bahaya pun.  Pagi ini bila sampai di tempat kerja, saya terkejut melihat sebatang pokok yang agak besar juga tumbang kerana tercabu...

Pemimpin

P emimpin yang hebat tahu bila sepatutnya dia berundur. Dia akan meninggalkan lapangan tanpa dipaksa. Pun begitu tidak ramai pemimpin yang berbuat begitu. Lebih ramai yang akan terus melekat bagaikan mahu menunggu selama-lamanya hingga hujung nyawa. Pemimpin yang liat begini selalunya memandang sepi pelbagai isyarat yang dipamerkan oleh orang ramai terhadapnya. Pemimpin begini akan dilihat bagai syok sendiri merasai diri masih disukai sedangkan ramai yang lebih suka agar dia berundur sahaja. David Heenan,dalam bukunya  Leaving on Top: Graceful Exits for Leaders , menyebut tentang empat jenis pemimpin; yang bertahan sepanjang zaman dan tidak perlu untuk berundur pun, yang sudah tua bangka tetapi masih liat untuk berundur, yang pernah keluar dan masuk balik kerana rasa cukup hebat dan pemimpin yang sedia untuk berundur di waktu yang betul. Di kalangan kita, pemimpin yang liat untuk berundur memang ramai, tidak kira sama ada dalam politik atau dalam bidang sukan. Dalam persatuan...

Melayu

B eberapa hari yang lalu saya ditanya oleh seorang rakan sekerja berketurunan China tentang pandangan orang Melayu terhadap orang China. Ia tentunya berkait rapat dengan isu yang membabitkan dua kaum ini. Isu rasis pastinya. Saya kata pandangan saya terhadap orang China sentiasa positif. Dia gusar kerana dalam kemelut api perkauman yang sedang bertiup selepas PRU13, orang Melayu memandang serong penuh dendam kepadanya. Katanya pada 13 Mei dia tidak memerap dalam rumah dan tidak berani keluar khuatir apa-apa yang buruk bakal berlaku. Dia juga hairan kenapa sebuah akhbar tempatan milik orang Melayu gemar sangat membangkitkan isu perkauman dalam tulisannya. Saya kata tidak perlulah ditimbulkan perkara itu kerana akhbar China lebih marak lagi api perkaumannya. Saya melihat setiap kaum berhak memperjuangkan kaumnya. Dalam hubungan ini ia tidak wajar dilihat sebagai rasis. Saya membaca sebuah rencana yang ditulis oleh seorang ilmuan berketurunan China yang beragama Islam. Keras dan t...

Durian

S udah agak lama juga saya tidak melihat durian di dusun lebat buahnya. Hari cuti begini saya tidak biarkan berlalu begitu. Saya ke dusun sebentar. Durian tidak sangat menjadi. Musim-musim lalu menyaksikan fenomena buah sekejap lekat sekejap tidak. Bunga-bunga durian yang kelihatan banyak berakhir dengan cuma sebiji dua yang melekat atau dalam banyak keadaan tidak melekat langsung. Saya bukan penggemar durian berbanding isteri yang boleh disifatkan sebagai "hantu" durian. Bila isteri mengupas durian saya tidak pernah rasa terpanggil untuk mendekatinya malah perlu dipaksa untuk menjamah seulas dua. Bagi saya lebih nikmat kalau pulut dimakan bersama santan durian. Bila durian berbuah agak lebat kali ini, saya lihat isteri bukan kepalang terujanya. Dengan beberapa batang pokok durian saka yang ada, saya kira cukup banyak untuk makan raja buah ini semahu-mahunya dan sepuasnya. Mungkin juga sampai tak larat nak makan. Saya pun tidak bercadang hendak menjualnya kerana dengan ha...

22Kasih

D iam tak diam sudah 22 tahun saya dan isteri  melayari  hidup berumah tangga.Tanggal 24.5.91 mengesahkan hubungan kami sebagai suami isteri setelah empat tahun diberi peluang untuk kenal hati dan budi sebelum mengakhirinya dengan perkahwinan penuh restu keluarga.  Alam berumahtangga memang tidak lari dari menongkah arus ujian. Memang itu pun asam garam dan pahit manis hidup bersama. Semakin dewasa usia perkahwinan, semakin banyak dan hebat ujian yang menggugah hati. Kemantapan rumahtangga tidak semata-matanya bergantung pada cinta seperti di awal-awal perkahwinan dahulu. Perkahwinan dimulakan oleh cinta tetapi perlu disempurnakan oleh tanggungjawab. Cinta memang hebat tetapi ia tidak dapat menandingi tanggungjawab. Cinta yang lebih hebat ialah cinta yang ditunjangi tanggungjawab. Kata orang, semakin meningkat usia perkahwinan perempuan jadi semakin becok tetapi lelaki sebaliknya jadi semakin pendiam. Watak wanita yang pemalu bertukar menjadi peleter ...

Saksi

"Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksian kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan ". (Yaasin:65) S aya menyertai bengkel " High Impact Presentation Skills" selama dua hari dan belajar sedikit ilmu baru untuk berucap di depan khalayak Selebihnya banyak menjurus kepada borak-borak kosong yang berlaku secara santai sekali. Tiada banyak yang baru pun kecuali pengulangan beberapa perkara yang sudah lama diketahui namun diolah dalam bentuk baru.  Pun begitu ada sesuatu yang sangat menarik perhatian saya walaupun ia juga bukan ilmu baru. Namun ada ada nilai tambahnya. Ia tentang pentingnya komunikasi tanpa lisan dalam mencapai komunikasi berimpak tinggi. Dalam kebanyakan penyampaian kepentingan bahasa badan selain dari mulut sering dikesampingkan. Ketika saya disuntik dengan penceramah bahawa perkataan yang terlontar dari mulut bukan satu-satunya bentuk komunikasi yang ada, saya sekonyong-ko...

Hadang

P etang ini saya melihat untuk kesekian kalinya lagi sebuah kereta ini di letak menghadang sebuah kereta lain. Saya yakin ia dilakukan secara sengaja oleh pemilik kereta ini. Sebabnya cukup mudah untuk ditelah. Kereta lain itu didapati "menceroboh" petak letak kereta yang "dikhaskan" untuk keretanya. Saya kira ia sebagai tanda protes atau pun ingin memberitahu kepada penceroboh tadi supaya jangan senang-senang meletak kereta di petak yang terang-terang bukan miliknya. Barangkali ingin menyampaikan mesej yang cukup jelas bahawa dia tidak suka petak letak keretanya diceroboh orang lain. Saya menggelengkan kepala menyaksikan adegan yang tidak sepatutnya dilihat di sebuah menara gading yang dihuni mereka yang berilmu dan bertamadun. Adalah salah menceroboh petak kereta yang telah dikhaskan untuk pemilik kereta tertentu. Saya bersetuju bahawa pemilik kereta yang menceroboh itu memang patut disalahkan malah patut menerbitkan rasa marah orang lain lebih-lebih lagi "...

Pekak

" A dakalanya kita perlu memekakkan telinga supaya tidak mendengar segala kata-kata negatif yang akan menghambat perkembangan kita di tempat kerja, keluarga dan juga dalam masyarakat". Kita dikelilingi dengan manusia yang pelbagai ragam dan sifat. Ada yang cukup membantu malah tidak kurang yang membuat kita buntu. Tindakan yang kita lakukan begitu dipengaruhi oleh mereka yang cukup rapat dengan kita- ahli keluarga dan rakan taulan. Sama ada kata-kata perangsang pembakar semangat atau ungkapan-ungkapan negatif yang membunuh harapan dan cita-cita kedua-duanya bercampur baur hinggap di telinga kita. Lumrahnya yang bernada negatif itulah yang mendominasi keadaan. Hasrat dan impian kita diperlekehkan. Jauh sekali untuk menyogok keyakinan untuk merealisasikan impian yang sudah tersemat. Berdepan dengan keadaan ini, pilihan terbaik yang ada untuk kita ialah memekakkan telinga dari mendengar kata-kata negatif yang bakal meranapkan impian kita. Cerita seekor cicak yang tuli rasa...

Pengajaran

S aya mendengar cerita ini disampaikan oleh seorang pakar motivasi bila berbicara tentang kasih sayang di radio pagi ini. Ia cukup memilukan namun ada pengajaran. Kisah ini mungkin sudah biasa didengar dan pernah juga berlaku pada diri kita tanpa kita sedar pun. Seorang ayah bergegas ke tempat kerja sehingga tidak cukup sempat untuk meletakkan semula di tempat yang tinggi ubat yang baru diambilnya. Namun dia sempat berpesan kepada isterinya supaya mengambil ubat itu dan meletakkannya di tempat yang selamat. Isteri yang sibuk di dapor melupakan pesan suaminya. Tanpa dijangka botol yang dibiar bersepah ini menarik perhatian seorang anak kecil milik pasangan ini. Anak yang berusia dua tahun ini cukup tertarik dengan cecair berwarna merah dalam botol itu lalu meneguknya sehingga habis. Anak yang tidak tahu apa-apa tidak sedarkan diri kerana penangan ubat yang khusus untuk orang dewasa itu. Ibu panik dan bergegas ke hospital namun anak mereka tidak dapat diselamatkan. Ibu bukan saha...

Angkasawati

D alam diam-diam, pelajar berusia 16 tahun ini menyimpan cita-cita bukan kepalang tingginya. Ibarat mahu memeluk gunung layaknya. Dila aka Diko mahu jadi angkasawan atau lebih sesuai lagi angkasawati. Saya tahu dia pasti teruja dengan cita-cita barunya itu setelah berkesempatan mendengar kisah kejayaan calon angkasawan negara Mejar Faez yang di undang dalam Ekspo Kerjaya di Dataran Segamat beberapa hari lalu. Remaja di usia begini memang senang teruja dan dibakar semangatnya. Cita-cita sentiasa bertukar silih berganti. Ada ketikanya mahu jadi doktor, diketika yang lain mahu jadi ahli sains dan sekarang mahu jadi angkasawan pula. Cita-cita tidak semestinya menjadi nyata, namun ia tidak juga mustahil untuk dicapai. Setidak-tidaknya dengan menyimpan cita-cita ini, segala usaha dan tenaga akan sentiasa dikerah ke arah mencapainya. Ia sumber motivasi yang sangat tinggi untuk lebih komited dalam belajar sebenarnya. Saya percaya Diko tidak sekadar dibuai cita-cita itu tetapi akan senti...

Ah!

S aya menemukan kisah benar yang amat menyayat hati ini. Seorang datuk dibunuh tanpa rasa belas oleh empat orang remaja dan salah seorang daripadanya adalah cucunya sendiri. Paling malang neneknya juga dibiarkan diketuk dan dicederakan dan kemudian lari dengan wang dan barang kemas bernilai 10 ribu ringgit. Perbuatan yang amat kejam. Di mimbar khutbah hari ini saya mendengar penuh insaf khatib berbicara tentang ibu yang sangat perlu untuk dihormati dan diletakkan di kedudukan yang paling tinggi melebihi sesiapa pun. Dan hadis yang diperdengarkan amat menarik untuk direnungi dan dihayati. "Seorang lelaki bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. maksudnya : “Siapakah yang perlu kita hormati dan kasihi selepas Allah dan Nabi?” Jawab Nabi “Ibu kamu” “Selepas itu?”- “Ibu kamu” “Selepas itu?”- “Ibu kamu” Kali ke 4 lelaki itu bertanya, “Selepas itu?” Jawab Nabi “Ayah kamu ” Tingginya nilai ibu di dalam Islam. Begitulah kedudukan seorang ibu pada pandangan Rasulullah. Betapa mulianya...

Mengasihani

S aya menemukan kisah yang sangat menarik untuk dijadikan iktibar dari sebuah buku yang baru saya beli. Bukunya nipis sahaja namun sarat dengan kisah-kisah yang boleh menjana keimanan kita. Seperti kata penulisnya, buku ini mengheret pembaca menyingkap rahsia kasih sayang Pencipta yang adakalanya kita pandang sepi. Kita seringkali memikir untuk menyembahNya namun jarang sekali memikir untuk menyintaiNya. Dipetik daripada buku ini tentang adanya satu hadis tentang seorang yang disebut sebagai ‘Al-Kiflu’ Al-Kiflu merupakan seorang pemuda yang hidup pada zaman sebelum kita (sebelum Nabi Muhammad s.a.w. hidup). Bagi lelaki ini, tidak ada perkara yang haram baginya, semuanya halal (dia melakukan begitu banyak dosa, perkara haram).  Sahabat Nabi s.a.w. yang meriwayatkan kisah Al-Kiflu ini menyatakan bahawa beliau mendengar kisah ini disampaikan Nabi s.a.w. bukan sekadar sekali, bukan tujuh kali, bahkan lebih daripada itu. Kisah itu merupakan kisah yang cukup penting, ole...

Calon

K habarnya ada yang kecewa kerana tidak dipilih oleh parti untuk menjadi calon dalam pilihanraya kali ini. Lebih-lebih kecewa lagi bila merasakan diri mereka akan dipilih semula tetapi tidak dicalonkan pun untuk kali ini. Bukan sahaja yang tidak terpilih itu yang marah-marah tetapi ahli keluarganya dan pengikut-pengikutnya juga turut berang. Menurut orang kampung yang kenal benar dengan bekas wakil rakyat yang tidak dicalonkan ini, pengikut-pengikutnya telah mengambil tindakan agresif dengan menanggalkan segala bendera dan kain rentang yang telah dipasang di kawasan berkenaan sebagai tanda protes. Kata sumber-sumber yang boleh dipercayai, ada sebab mengapa dia tidak dicalonkan semula. Dia dikatakan gagal berfungsi sebagai wakil yang berkhidmat untuk rakyat dikawasannya. Sebaliknya hanya mendahulukan ahli-ahli keluarganya dan juga pengikutnya. Ini sudah tentulah bercanggah dengan gagasan Rakyat Didahulukan yang ditonjolkan oleh pucuk pimpinan parti dan kerajaan. Sudah memang sewajarny...

JM

L ambat lagi. Mesyuarat yang sepatutnya dan semestinya bermula pada pukul 10 pagi ditunda hingga setengah jam berikutnya. Itulah hakikat waktu Malaysia. Masih jauh dari ketepatannya. Lambat 10 minit atau lebih itulah yang diterima pakai sebagai tepat dalam banyak keadaan. Saya cenderung untuk melihatnya sebagai waktu JM yang merujuk kepada Jam Malaysia dan bukan am atau pm . Bahawa kelewatan yang dilakukan itu menyusahkan orang lain yang sangat berkira dengan waktu itulah yang memualkan. Malah semakin meloyakan kalau kelewatan itu diiringi pula dengan pelbagai alasan basi seperti "traffic jam" misalnya. Kalau di kalangan pelajar pula alasan yang paling popular dan merimaskan telinga ialah " overslept " atau terlebih tidor. Gejala lewat ini melata sifatnya tidak kira lapisan dan latarbelakang. VIP dan artis misalnya yang hadir lewat untuk acara-acara tertentu, seperti sidang akhbar, rasmi itu dan rasmi ini dan ini sudah menjadi norma. Tidak keterlaluan kalau...