Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2008

Perawan

Semua wanita ingin selalu kelihatan cantik dan awet muda. Ada yang sanggup membelanjakan ratusan ringgit untuk rawatan muka di pusat-pusat kecantikan yang tumbuh bagaikan cendawan di musim hujan. Namun keberkesanannya tidak pasti lagi. Dr. Fatimah Az-Zahra, pendakwah bebas menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah. (" Abqaro " ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam. Caranya: Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri & untuk kebahagiaan rumahtangga . Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38: (35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, (36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang ti

Kaya

Sewaktu Guntur dalam perjalanan manaiki kereta untuk pulang ke KL daripada JB melalui lebuhraya, beliau berhenti rehat di salah sebuah hentian. Sewaktu berehat maka datanglah kepadanya seorang tua yang berpakaian agak compang-camping lalu menegurnya … “Anak nak ke mana?”. Guntur menjawab ringkas, “KL” Orang tua itu bertanya lagi, “Boleh pakcik tumpang sampai ke Pagoh” dan dijawab oleh Guntur “Ehm…bolehlah.” Lantas orang tua itu masuk dan duduk di dalam keretanya. Dalam hati Guntur berkata, “Hai, siapalah orang tua ni, orang ke atau ???” Beliau meneruskan perjalanannya. Sebaik menghampiri Pagoh, orang tua tadi bertanya, “Anak nak kaya tak?” Guntur tersentak dan berkata dalam hati,”Dah buat dah orang tua ni. Nak bagi aku kaya pulak. Orang tua ni nak bagi aku nombor kot. Atau nak menguji aku?” Guntur pun jawab, “Tak apalah pakcik, hidup sederhana pun cukup. Kalau kaya nanti lupa diri pulak” Orang tua tu tak bertanya lagi. Dalam hati Guntur berkata mungkin jawapannya adalah yang terbaik

Malang

Pada suatu hari yang indah,seorang bapa membawa anaknya ke satu pusat fun fair.Maka anaknya teringin untuk menaiki sebuah pesawat kecil yang laju.Bapanya melihat bayaran untuk menaiki pesawat tersebut amat lah mahal, iaitu pada harga RM100. Oleh kerana terlalu sayangkan anaknya yang begitu teringin dan mendesak untuk menaiki pesawat tersebut,maka si bapa menurut kata. Semasa ingin membuat bayaran untuk menaiki pesawat tersebut,tuan punya pesawat memberi beberapa syarat sebelum menaiki pesawat itu. Syarat pertama, "Jika anda membuat bising ketika berada di dalam pesawat ini,maka denda sebanyak RM500 dikenakan.Syarat yang kedua,"Jika anda senyap dan tidak bersuara,anda akan diberikan RM1000. Maka si anak dan si bapa pon menaiki pesawat itu dengan gembira bercampur gerun dengan syarat-syarat yang dikenakan.Selepas puas di bawa pusing-pusing berada di dalam pesawat,tuan punya tersebut mengucapkan tahniah kepada si bapa kerana tidak bersuara lalu dihadiahkan RM1000. Tiba-tiba,si b

Serawak

Sejurus selepas solat Tarawih dan ketika berkira-kira untuk merehatkan diri di rumah "baru" mentua, Mak Itam tiba-tiba muncul dengan Fadil, anak sulungnya. Fadil, sepupu Wati sudah hampir 10 tahun berkhidmat di Kucing. Bertemu jodoh dengan gadis Serawak lalu mengambil keputusan menetap di sana. Pulang beraya di kampung cuma dua tahun sekali - tahun ini beraya di Kucing, katanya. Mak Itam sudah biasa beraya tanpanya. Sembang kami pelbagai isunya. Soal politik yang memualkan. Kerjaya yang terus membeban tidak setimpal imbuhan. Harga barang yang jauh begitu tinggi di Kucing berbanding di Semenanjung. Kerancakan bersembang mengheret kami sehingga 12 malam. Namun cerita orang Serawak paling menarik. Katanya, amat senang untuk mengenal orang Serawak. Tanyakan waktu padanya: Kalau katanya" Waktu sekarang pukul 10 lalu (orang kita: kata 10 lebih), sahlah mereka dari Serawak. Saya ingin menguji pelajar saya dari Serawak nanti. Bahasa kita memang berbeza dengan mereka. " Law

Ajaib

Saya mengajukan soalan ini secara santai kepada sekumpulan pelajar sejurus selepas kelas bermula pagi ini. Apakah Tujuh Keajaiban Dunia? Mengambil sempena bulan Ramadan yang penuh rahmat dan penghulu segala hari pastinya. Seperti yang saya duga, jawapan klise begini akan disenaraikan oleh kebanyakan pelajar penuh yakin. 1) Piramid 2) Taj Mahal 3) Tembok Besar Cina 4) Menara Pisa 5) Kuil Angkor 6) Menara Eiffel 7) Kuil Parthenon Namun saya sempat memperhatikan seorang pelajar masih lagi terkial-kial untuk menyenaraikan jawapan yang diminta. Saya bertanya kepadanya apakah dia mempunyai kesukaran membuat senarainya. Gadis pendiam itu menjawab, "Ya, sedikit. Saya tidak dapat memilih kerana sangat banyak." Saya menagih jawapan daripadanya, "Baik, katakan pada kami apa yang kamu miliki, dan mungkin kami dapat membantu memilihnya." Dia ragu sejenak, kemudian membaca, "Saya fikir, "Tujuh Keajaiban Dunia" adalah, 1) Dapat melihat, 2) Dapat mendengar, 3) Dap

Wasiat

Setelah beberapa hari ditempatkan di wad ICU, keadaan Mak Temah mula beransur stabil. Keesokan harinya beliau dipindahkan ke wad biasa, tetapi peralatan pernafasannya masih belum ditanggalkan.Tok Ketua bercadang untuk melawat Mak Temah yang merupakan salah seorang kariah mukimnya. Bersama isterinya Bedah, Tok Ketua ke hospital lewat petang itu untuk menziarah jirannya itu. Mak Temah kelihatan amat lemah tetapi masih dapat mengenali tetamu-tetamunya.Dia memandang ke wajah Mak Bedah dengan mulut yang terkumat kamit. Mak Bedah mendekati Mak Temah sambil mendekatkan telinganya ke bibir beliau. Tok Ketua yang berada di sisi katil sebelah lagi juga turut mendekati bahagian kepala Mak Temah. Tetapi, tiba-tiba Mak Temah mengalami sesak nafas dan dadanya berombak-ombak turun naik. Dalam keadaan kelam kabut itu, Tok Ketua terlihat tangan Mak Temah seolah-olah meminta pen dan kertas. Kebetulan Tok Ketua menyimpan beberapa helai kertas kecil di dalam saku koceknya dan dengan segera me

Beruang

Suatu hari di Antartika, seekor beruang kutub sedang duduk di salju dengan anaknya. Tiba-tiba anak beruang bertanya, "Ayah, apakah saya 100% beruang kutub?" Ayah beruang itu menjawab, "Tentu saja, Nak. Kamu 100% beruang kutub!" Beberapa menit kemudian, anak beruang itu kembali bertanya, "Ayah, katakan yang sebenarnya. Saya pasti bisa menerima kenyataan. Betulkah saya 100% beruang kutub? Bukan beruang madu, bukan beruang coklat dan bukan beruang panda?" Si Ayah beruang itu menjawab, "Nak, ayah 100% beruang kutub, dan ibumu 100% beruang kutub, jadi kamu juga jelas-jelas 100% beruang kutub." Setelah beberapa menit berlalu, si anak bertanya lagi, "Ayah, jangan berpikir kalau Ayah berkata jujur akan membuat saya sedih. Saya tidak sedih. Saya cuma ingin tahu, apa saya benar-benar 100% beruang kutub?" Ayah beruang mulai tertekan dengan pertanyaan-pertanyaan anaknya. Kini dia balik bertanya kepada si anak, "Nak, kenapa kamu ter

Witir

Witir itu maknanya ganjil, yakni tidak genap bilangan rakaatnnya. Solat witir ini boleh dilakukan secara berseorangan atau berjemaah. Solat witir adalah solat sunat Muakkadah yang dianjurkan dan digalakkan sangat oleh Rasulullah SAW, seperti keterangan hadis yang bermaksud: “Sesungguhnya solat witir itu bukanlah wajib sepertimana solat-solat yang difardukan. Hanya Rasulullah SAW setelah mendirikan solat witir, pernah bersabda “ Wahai ahli Al-Quran, kerjakanlah solat witir, sebab Allah itu witir ( Maha Esa ) dan suka sekali kepada yang witir. ………………… ( Hadis Riwayat Ahmad) Mengikut fahaman hadis diatas, bahawa solat witir itu mengandungi beberapa keutamaan, umpamanya: • Solat witir itu lebih afdhal daripada solat-solat sunat rawatib yang lain. • Para malaikat turut menyaksikan diatas kesungguhan amalannya. Waktu Solat Witir Ulamak bersepakat bahawa waktu solat sunat witir itu ialah selepas solat Isyak hingga sampai fajar. Ini berdasarkan keterangan hadis riwayat daripada Abu Tamin Al-Ja

Teladan

Saya begitu tertarik membaca berita seorang suri rumah (gambar) di Baling, Kedah yang menjual kuihnya dengan harga 10 sen sejak mula berniaga 26 tahun yang lalu. Yang menariknya beliau mampu meraih pulangan lumayan kerana kuihnya sentiasa habis dijual. Saya melihat beliau memang seorang peniaga yang tidak tamak dan sentiasa hendak untung besar seperti kebanyakan peniaga lain. Resipi kejayaannya cukup mudah- jual dengan harga murah akan menarik ramai pembeli. Pengguna berhak membuat pilihan. Walaupun ramai peniaga yang kurang senang dengan tindakannya menjual dengan harga murah tetapi itu adalah pilihannya sendiri. Malangnya tidak ramai peniaga macam beliau. Kalau kita lihat di bazar ramadan sekarang, kebanyakan kuih dijual dengan harga yang tinggi berbanding dulu. Taufufa yang dahulunya dijual RM1.00 semangkuk kini sudah mencecah sehingga RM1.30! Kuih putu mayam yang dahulunya 4 keping dengan harga RM1.00 didapati telah dijual pada harga RM1.50 untuk kuantiti yang sama! Khabarnya r

Makanan

Rencana ini pernah disiarkan di Utusan Malaysia 21Feb2007 “SUDAH rasa produk terbaru Mc Donald’s ke belum, yang sedang hebat ditayangkan iklannya kat televisyen tu. Boleh tahan gak, cubalah.” Begitulah kata-kata yang terhambur dari mulut seorang kawan yang memang pencinta makanan segera. Sayangnya, saya bukan kalangan peminat makanan segera. Begitulah kuatnya pengaruh iklan kepada orang ramai. Memang tidak dapat dinafikan akan kehebatan iklan dalam mempengaruhi pengguna membuat keputusan untuk membeli produk atau perkhidmatan. Antara yang menarik perhatian pengguna ialah iklan makanan segera di media cetak dan elektronik. Berbanding dengan kesan di media cetak yang mungkin tidak begitu hebat, pemaparan iklan makanan segera di media elektronik dilihat begitu kuat mempengaruhi pengguna. Justeru itulah, syarikat-syarikat yang menerajui empayar makanan segera tidak teragak-agak membelanjakan jutaan ringgit ke atas iklan, penajaan dan promosi untuk menawan hati orang ramai akan kehebat

Masa

Menguruskan masa menjadi semakin sukar sekarang. Masa dipersepsi begitu pantas berlalu dan sememangnya dirasakan begitu. Tanpa pengurusan masa yang berkesan, banyak kerja yang bakal tertangguh dan gagal dilaksanakan menepati sasaran yang telah ditetapkan. Dengan tugas mengajar secara separuh masa yang bakal bermula di OUM Johor Bahru mulai Ahad ini, pengurusan masa menjadi makin kritikal. Antara tugas hakiki mengajar di UiTM selain daripada komitmen sebagai pelajar PhD separuh masa di UTM yang bermula semester ini. 24 jam dirasakan semacam tidak cukup panjang untuk menampung asakan kerja dan tugas yang datang. Namun dalam kekangan masa, tanggungjawab perlu dibereskan selain keperluan untuk mencapai kesejahteraan dalam hidup dunia dan akhirat. Peluang yang datang tidak sewajarnya dilepaskan dalam dunia yang sarat dengan perlumbaan dan persaingan untuk mengejar sesuatu yang tidak pasti dan tidak pernah ada puasnya. Yang pasti manusia berhempas pulas untuk sebuah hidup yang relatif lebih

Kucing

Di sebuah pekan kecil di pinggir bandar.seorang abang yang penyayang tetapi cukup membenci seekor kucing yang dipelihara oleh 3 orang adik perempuannya. Pantang nampak kucing menyelinap di depan mata di sumpah seranahnya si kucing macam binatang itu faham apa yang dituturkannya. Suatu hari tanpa pengetahuan adik-adikya, dia memutuskan untuk membuang kucing itu sejauh 200 meter dari rumahnya. Namun setibanya si abang di rumahnya, kucing itu sudah berjalan melintasi halaman rumah... Pelik sungguh! Keesokan harinya, Si Abang belum berputus asa lagi sambil berjogging dia mengendong kucing dan memutuskan untuk membuang lagi kucing itu sejauh 2 km dari rumahnya dan meninggalkan kucing itu di taman. Tetapi ketika dia memasuki halaman rumahnya, kucing itu sedang bermain-main dengan adik-adiknya di halaman rumah! Dia selalu cuba membuang kucing itu ke tempat-tempat yang lebih jauh tetapi setiap kali itu juga si kucing itu kembali ke rumah! Akhirnya tanpa pengetahuan adik-adiknya disuatu malam,

Puasa (3)

Puasa pada hari ini luarbiasa dugaannya. Panas dan membahang. Suhu mencecah 39C khabarnya. Hebat sungguh ujian Tuhan terhadap hambaNya. Masing-masing mengadu amat dahaga. Anak saudara saya Diko, 11 tahun, mengeluh dan merayu untuk berbuka seawal 12 tengahari. Saya nasihatkannya supaya bersabar. Ganjaran dari Dia sentiasa menanti bagi orang yang sabar. Bila tiba waktu berbuka puasa, saya yang selalunya meminum setegok air membasah tekak gagal menahan keinginan untuk meminum air sepuas-puasnya. Tanpa disedari saya telah meminum 6 gelas besar air batu. Luar biasa kehausan yang dialami pada hari ini. Dek kehausan saya tidak larat untuk menghabiskan sepinggan nasi pun, walau pun pada hari ini emak mentua saya menyediakan lauk yang amat istemewa iaitu tulang masak kari.Diko pula melepaskan hausnya semahu-mahunya dan cuma mampu menjamah 6 batang sate sahaja. Jutaan kesyukuran dipanjantkan kepada Ilahi kerana saya mampu meneruskan puasa sebagai hambaNya yang taat dan patuh dan kepada suruhanN

Jimat

Seorang tukang paip China mengenakan bayaran sehingga RM150 untuk menggantikan saluran paip lama yang tidak sampai pun 20 kaki panjangnya. Terkejut dengan bayaran yang tidak masuk akal itu saya menawarkan diri memanipulasikan kemahiran yang saya miliki selama ini untuk meringankan beban yang ditanggung oleh bapa mentua- beliau telah membelanjakan sekitar RM80 ribu untuk mengubahsuai rumah lamanya itu. Kerja memasang paip dan juga pendawaian yang mudah biasanya saya lakukan sendiri dan pastinya agak menjimatkan. Agak memeranjatkan secara perbandingannya saya cuma membelanjakan sekitar RM40 untuk kerja pemasangan paip yang memakan masa lebih kurang sejam sahaja. Sebenarnya ada kerja-kerja yang cuma memerlukan sedikit kemahiran boleh kita lakukan sendiri di rumah. Segalanya terbit dari minat dan juga sedikit kerajinan. Yang pentingnya kita tidak menjadi mangsa kerakusan mereka yang sentiasa mengambil kesempatan untuk mengaut untung berlipat ganda!Saya lihat bapa mentua tersenyum sendirian

Pelajar

Setelah lebih kurang 11 tahun mengajar di sini, (UiTM Segamat) masalah pelajar yang secara wewenangnya tidak hadir ke kelas tanpa sebarang sebab yang munasabah paling mengecewakan malah menyakitkan hati. Mengharapkan kedatangan 100 peratus dalam sebuah kuliah massa ternyata jauh dari jangkauan. Segelintir pelajar mungkin beranggapan kehadiran ke kuliah bukanlah penting sangat kerana mereka boleh sahaja bergantung harap pada rakan mereka yang hadir untuk sebarang nota dan sebagainya. Pelajar selalunya cenderung untung ponteng kelas bagi kursus yang menjurus kepada bacaan. Keadaan ini diburukkan lagi apabila modul dan manual yang tersedia bagi beberapa kursus tertentu mendorong mereka untuk tidak hadir ke kelas - justeru kebergantungan mereka kepada bahan-bahan tersebut. Gejala tuang kelas ini semakin ketara apabila pelajar diserang kekalutan menghadapi ujian. Selalunya kelas-kelas yang sepatutnya mereka hadiri akan mereka korbankan. Kelas pagi semalam misalnya menyaksikan saya berdep

Wanita

Sebuah kedai unik bernama Kedai Suamiku yang menjual calon suami baru saja di buka di kota New York. Kononnya di negara maju yang tunggang-langgang ini, wanita boleh memilih dan membeli suami yang paling tepat untuknya. Di antara arahan yang ada di pintu masuk: “ ANDA DIBENARKAN MENGUNJUNGI KEDAI INI SEKALI SAJA SEUMUR HIDUP” Kedai itu ada 6 lantai. Semakin tinggi lantainya, semakin tinggi pula harga lelaki yang berada di situ. Anda dapat memilih lelaki di lantai itu atau memilih lelaki di lantai berikutnya tetapi anda tidak boleh pilih lelaki di lantai sebelum itu. Seorang wanita pergi ke Kedai Suamiku untuk memilih suami yang tepat untuknya. Setelah dia membayar caj masuk ke kedai tersebut dengan harga yang cukup mahal, dia mula masuk ke lantai pertama. Di lantai 1 terdapat tulisan: LANTAI 1: “Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan dan taat pada Tuhan.” Kerana ingin suami yang lebih baik, kemudian ia memilih untuk naik lagi ke lantai berikutnya. Di lantai 2 terdapat tulisan: LANTAI

5995

5995- angka yang begitu bermakna dalam lembaran sejarah famili saya kerana anak kedua Ahmad Ikmal Haziq dilahirkan. Setelah 13 tahun beredar, Haziq yang dilahirkan di Pahang ini, adalah pelajar Tingkatan 1 di SMK Gemereh. Hari ini ulangtahun kelahirannya; namun tiada sambutan seperti tahun-tahun sebelumnya. Tiada juga ucapan dari sepupu2nya termasuk juga sepupu paling rapat, Lukman . "Mungkin dia lupa atau tumpuan kepada ibadat puasa agaknya" saya cuba menenangkan Haziq yang kelihatannya agak jauh hati tanpa sebarang ingatan dari Lokman. Kekecewaan Haziq sedikit terubat apabila mamanya memenuhi keinginannya dihadiahkan ayam goreng KFC! Tahun lalu Haziq dihadiahkan sebuah basikal namun kali ini dia terpaksa berpuas hati dengan sebuah jam dinding yang diberikan oleh Pak Cu dan Mak Cunya. "Cantiklah jam ini" Haziq tersenyum bangga sambil menunjukkan jam dinding dibiliknya itu. Terima Kasih tidak terhingga kepada Pak Cu dan Mak Cu yang masih ingat tarikh lahir anak sau

Angin

Seorang perempuan tua berjumpa seorang doktor dan bertanya, "Doktor, saya ada masalah dengan perut yang selalu berangin, tapi ianya tidak pernah mengganggu saya... kentut saya tak pernah berbau, dan senyap. Jadi saya selalu kentut. Doktor meminta penjelasan lebih lanjut dari perempuan tua itu... , dan perempuan tua itu berkata, "Sebenarnya, saya sudah kentut sebanyak 20 kali ketika berada dihadapan doktor. Mungkin doktor tak tau sebab kentut saya tidak berbau dan senyap." Doktor itu menjawab, "Ok, sekarang ambil pil ini dan datang jumpa saya minggu depan." Seminggu selepas itu, perempuan tua itu kembali. "Tuan Doktor," panggilnya sambil marah-marah, "Saya tak tau pil apa yang yang doktor beri pada saya, tapi sekarang kentut saya... walaupun masih senyap... tapi baunya sangat busuk." Doktor itu membalas, "Bagus!!! kita sudah mengubati hidung makcik yang tersumbat , sekarang, mari saya periksa telinga makcik." Pena Tumpul-

Puasa (2)

Pernahkah kita bertanya pada diri, sejauh manakah kita telah menyempurnakan tuntutan berpuasa ? Kebiasaan kita hanya mampu menahan diri daripada makan minum dan perkara yang membatalkan puasa, tetapi tidak mampu menahan diri daripada melakukan perkara mungkar dan maksiat yang mengakibatkan luputnya pahala puasa dan tiada nilaian di sisi Allah swt. Apa tidaknya, di dalam kita berbuat taat, kita juga berbuat dosa. Sabda Rasulullah saw :"Ramai orang yang berpuasa, tetapi ia tidak memperolehi apa-apa dari puasanya selain dari lapar dan dahaga (tidak mendapat pahala)." -HR an-Nasa'I- Dari Anas r.a, Rasulullah saw bersabda : "Lima perkara yang menghapuskan pahala puasa iaitu dusta, mengumpat, menfitnah, bersumpah palsu dan melihat wanita yang bukan mahramnya dengan syahwat." Dari Abu Hurairah r.a pula, Rasulullah saw bersabda : "Puasa itu benteng, maka janganlah berkata keji dan bertekak seperti orang bodoh. Jika seseorang memakimu, maka hendaklah ia b

Puasa(1)

Menurut Imam al-Ghazali, bagi mencapai tahap puasa al-khusus iaitu puasa orang soleh, perlu menyempurnakan enam perkara iaitu: 1. Menundukkan pandangan dan menahan daripada melihat perkara tercela dan dibenci oleh syariat serta daripada segala perkara yang boleh mengganggu dan melalaikan hati daripada mengingati Allah. 2. Memelihara lidah daripada menuturkan perkataan yang tidak berfaedah seperti gurau senda, mengumpat dan dusta. Hendaklah lebih banyak berdiam diri, banyak berzikir dan membaca al-Quran. 3. Menahan daripada mendengar perkataan yang dibenci oleh syarak. Ini kerana setiap perkataan yang diharamkan dituturkan, haram juga didengar. Justeru, Allah menyamakan pendengaran haram dengan memakan harta haram seperti firman-Nya bermaksud: �Mereka itu adalah orang yang suka mendengar berita bohong, banyak memakan yang haram.� (al-Maidah:42) 4. Menahan anggota badan daripada melakukan dosa seperti menahan tangan dan kaki daripada perkara yang dilarang dan menahan perut

Bazar

Pertumbuhan Bazar Ramadan dari bandar besar hingga ke taman perumahan seluruh negara membuktikan semakin ramai berbelanja untuk makanan sepanjang Ramadan. Mengunjungi bazar Ramadan yang terletak di Taman Utama (tapak baru dari tapak asal di bandar lama) menyaksikan bahawa orang kita tidak kosong kantongnya. Ramai yang berasak-asak singgah dari satu gerai ke satu gerai lalu tidak menang tangan untuk mencebetnya. Walaupun arus pergerakan agak lembab justeru penempatan gerai yang tidak mesra pengguna selain dari hujan gerimis, ia tidak melunturkan semangat orang ramai untuk mencelah dalam kesesakan itu. Yang pasti amalan membeli terlalu banyak juadah berbuka puasa hingga membazir berlaku pada setiap kali Ramadan. ANDAI Ramadan adalah peperiksaan, ramai umat Islam lulus mudah dalam ujian menahan lapar dan dahaga pada siang hari. Malangnya, ramai pula yang tewas ujian menahan hawa nafsu berbelanja hingga menjadi pemboros. Pahit untuk diterima, tetapi inilah realiti umat Islam Malaysia. Ram

Rumah

Bapa mentua saya, Encik Muda kelihatannya sudah tidak sabar-sabar lagi untuk merasai duduk di rumah baru.Kontraktor memberi jaminan bahawa rumah ini akan siap untuk diduduki menjelang Hari Raya nanti. Rumah asal sekerat batu dan kayu yang dibina pada 1980an tidak pernah diubahsuai sehinggalah keputusan diambil untuk merobohkan bahagian hadapannya kira-kira 3 bulan yang lalu. Dengan kos bahan binaan yang terus meningkat naik, beliau dikatakan memperuntukkan sejumlah RM80 ribu untuk sebuah ruang tamu yang agak luas dan selesa, dua buah bilik, bilik air dan tandas selain sedikit pengubahsuaian dapor. Itulah rezeki namanya apabila sejak dua tahun yang lalu bapa mentua saya yang berusia 63 tahun ini memperolehi imbuhan RM2000 sebulan sebagai balasan kepada sebidang tanah yang disewakan kepada DIGI untuk pembinaan menara telekomunikasinya. Tentunya raya tahun ini bakal lebih meriah lagi buat beliau sekeluarga menduduki rumah yang selesa. Saya dan isteri tumpang seronok dan bangga kerana rum

Mangkuk,Madu,Rambut

Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abakar r.a., Umar r.a., Usman r.a., dan ‘Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. istrinya Sayidatina Fathimah r.ha. putri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu. Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut). Abubakar r.a. berkata, “iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut”. Umar r.a. berkata, “kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut”. Usman r.a. berkata, “ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, or

Sahur

BERSAHUR adalah amalan penting pada Ramadan. Bagi mereka yang hanya mengkaji ilmu fikah akan berkata: “Oh, bersahur hukumnya adalah sunat saja.” Andai kata hukum ini dikaitkan dengan hadis sahih, kita akan menyedari betapa pentingnya sahur ini walaupun hukumnya adalah sunat. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah). Amalan bangun sahur ini membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab) . Hal ini disebut dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud : “Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.” Sahur adalah satu rahmat dan berkat yang dikurniakan Allah ke atas umat Islam. Anjuran bersahur itu dapat dilihat lagi dalam hadis Nabi bermaksud: “Makanlah sahur, sekalipun dengan seteguk air.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban) Hadis tadi menun

Permintaan

Agak sedih juga bila mendengar cerita Mak Itam tentang Pak Itam yang sejak akhir-akhir ini agak luar biasa keadaannya. Pak Itam dikatakan meminta agar dibuatkan sepasang baju Melayu putih untuk raya tahun ini. Fikiran Mak Itam dan anaknya sedikit terganggu dengan permintaan Pak Itam yang agak ganjil itu. Macam-macam yang menujah fikiran mereka dua beranak. Sementelah lagi Pak Itam sudah tidak berapa sihat sejak tiga atau empat bulan yang lalu. Untuk tidak menghampakan permintaan bapanya, anaknya telah membelikannya kain berwarna "peach" sebagai ganti. Pak Itam yang dahulunya memang diakui rajin membantu Mak Itam memasak di dapor kini tidak lagi begitu. Saya sekeluarga yang memang amat rapat dengan keluarga Mak Itam tentunya agak sedih dan terkejut dengan apa yang berlaku ke atas Pak Itam sekarang. Semoga Pak Itam akan kembali sihat dan segar seperti dulu. Pena Tumpul - Tahu Pak Itam rindu cucu-cucunya di Kuching