Puasa pada hari ini luarbiasa dugaannya. Panas dan membahang. Suhu mencecah 39C khabarnya. Hebat sungguh ujian Tuhan terhadap hambaNya. Masing-masing mengadu amat dahaga. Anak saudara saya Diko, 11 tahun, mengeluh dan merayu untuk berbuka seawal 12 tengahari. Saya nasihatkannya supaya bersabar. Ganjaran dari Dia sentiasa menanti bagi orang yang sabar. Bila tiba waktu berbuka puasa, saya yang selalunya meminum setegok air membasah tekak gagal menahan keinginan untuk meminum air sepuas-puasnya. Tanpa disedari saya telah meminum 6 gelas besar air batu.
Luar biasa kehausan yang dialami pada hari ini. Dek kehausan saya tidak larat untuk menghabiskan sepinggan nasi pun, walau pun pada hari ini emak mentua saya menyediakan lauk yang amat istemewa iaitu tulang masak kari.Diko pula melepaskan hausnya semahu-mahunya dan cuma mampu menjamah 6 batang sate sahaja. Jutaan kesyukuran dipanjantkan kepada Ilahi kerana saya mampu meneruskan puasa sebagai hambaNya yang taat dan patuh dan kepada suruhanNya.
H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...
Comments