Skip to main content

Wasiat

Setelah beberapa hari ditempatkan di wad ICU, keadaan Mak Temah mula beransur stabil. Keesokan harinya beliau dipindahkan ke wad biasa, tetapi peralatan pernafasannya masih belum ditanggalkan.Tok Ketua bercadang untuk melawat Mak Temah yang merupakan salah seorang kariah mukimnya. Bersama isterinya Bedah, Tok Ketua ke hospital lewat petang itu untuk menziarah jirannya itu.

Mak Temah kelihatan amat lemah tetapi masih dapat mengenali tetamu-tetamunya.Dia memandang ke wajah Mak Bedah dengan mulut yang terkumat kamit. Mak Bedah mendekati Mak Temah sambil mendekatkan telinganya ke bibir beliau. Tok Ketua yang berada di sisi katil sebelah lagi juga turut mendekati bahagian kepala Mak Temah.

Tetapi, tiba-tiba Mak Temah mengalami sesak nafas dan dadanya berombak-ombak turun naik. Dalam keadaan kelam kabut itu, Tok Ketua terlihat tangan Mak Temah seolah-olah meminta pen dan kertas. Kebetulan Tok Ketua menyimpan beberapa helai kertas kecil di dalam saku koceknya dan dengan segera menyerahkannya kepada Mak Temah.

Tentunya Mak Temah mahu menulis wasiat, getus fikirannya. Nafas Mak Temah semakin sesak dan akhirnya terhenti setelah beliau menuliskan ayat terakhirnya.

Menghormati jenazah, Tok Ketua tidak mahu membaca wasiat itu di depan arwah Mak Temah. Keesokannya setelah jenazah disempurnakan, barulah Tok Ketua memanggil kesemua waris Mak Temah dan menyatakan Mak Temah sempat menuliskan wasiat untuk mereka sebelum menghembuskan nafas terakhir.Waris-warisnya berasa hairan kerana setahu mereka Mak Temah bukan orang berharta.

Perlahan-lahan Tok Ketua mengeluarkan kertas yang ditulis oleh arwah Mak Temah semalam dan memasang cermin matanya. Mukanya merah padam dan kertas tersebut jatuh daripada tangannya. Tiba-tiba Tok Ketua berlari keluar dari bilik tersebut.

Anak sulong Mak Temah, Rizal mengambil kertas tersebut dari lantai dan membacanya...

"tolong jangan pijak salur oksigen aku tok ketua"

Comments

Popular posts from this blog

Cukur jambul

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi) Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin. Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan ...

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...