Lantas orang tua itu masuk dan duduk di dalam keretanya. Dalam hati Guntur berkata, “Hai, siapalah orang tua ni, orang ke atau ???” Beliau meneruskan perjalanannya. Sebaik menghampiri Pagoh, orang tua tadi bertanya, “Anak nak kaya tak?” Guntur tersentak dan berkata dalam hati,”Dah buat dah orang tua ni. Nak bagi aku kaya pulak. Orang tua ni nak bagi aku nombor kot. Atau nak menguji aku?”
Guntur pun jawab, “Tak apalah pakcik, hidup sederhana pun cukup. Kalau kaya nanti lupa diri pulak” Orang tua tu tak bertanya lagi. Dalam hati Guntur berkata mungkin jawapannya adalah yang terbaik takut-takut itu hanya ujian daripada orang tua tadi. Kemudian orang tua tu tanya lagi, “Anak nak kaya tak?” Guntur jawab serupa yang tadi, “Tak apalah pakcik,saya lebih senang hidup sederhana”.
Bila sampai di Pagoh, orang tua itu minta diturunkan lalu berkata, “Tu, pakcik ada tinggalkan satu tin kaya untuk anak sebagai tanda terima kasih kerana tumpangkan pakcik.” Terima kasih, ya nak.” lalu orang tua tu turun dari kereta. Guntur tersipu-sipu malu lalu menjawab, “Terima kasihlah pakcik” lalu meneruskan perjalanan.
Pena Tumpul - Suka roti bakar dengan kaya
Comments