Skip to main content

Puasa (2)


Pernahkah kita bertanya pada diri, sejauh manakah kita telah menyempurnakan tuntutan berpuasa ? Kebiasaan kita hanya mampu menahan diri daripada makan minum dan perkara yang membatalkan puasa, tetapi tidak mampu menahan diri daripada melakukan perkara mungkar dan maksiat yang mengakibatkan luputnya pahala puasa dan tiada nilaian di sisi Allah swt. Apa tidaknya, di dalam kita berbuat taat, kita juga berbuat dosa.

Sabda Rasulullah saw :"Ramai orang yang berpuasa, tetapi ia tidak memperolehi apa-apa dari puasanya selain dari lapar dan dahaga (tidak mendapat pahala)." -HR an-Nasa'I-

Dari Anas r.a, Rasulullah saw bersabda :
"Lima perkara yang menghapuskan pahala puasa iaitu dusta, mengumpat, menfitnah, bersumpah palsu dan melihat wanita yang bukan mahramnya dengan syahwat."

Dari Abu Hurairah r.a pula, Rasulullah saw bersabda : "Puasa itu benteng, maka janganlah berkata keji dan bertekak seperti orang bodoh. Jika seseorang memakimu, maka hendaklah ia berkata :"Sesungguhnya saya sedang berpuasa (dua kali)." Demi zat yang diriku ditangan-Nya, bau busuknya mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daipada bau harum kasturi. Firman Allah :"Ia yang meninggalkan makan, minum dan syahwatnya kerana Aku, puasa itu untuk-Ku dan Aku yang membalasnya, setiap kebaikan akan dibalas sepuluh kali ganda." -HR Bukhari-

Puasa itu perisai yang menghalang kita dari perbuatan mungkar dan maksiat. Oleh itu, kita patut memelihara anggota lahir dan batin agar semua berpuasa dalam erti kata sebenarnya. Sekiranya kita dapat melaksanakan puasa mengikut yang disyariatkan, kita akan menjadi hamba yang mendapat rahmat dan hampir dengan Allah.

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda : "Setiap amal anak Adam itu akan dilipatgandakan, kebaikan dibalas sepuluh kali ganda hingga kepada tujuh ratus kali ganda dengan sekehendak Allah KECUALI PUASA. Di sini Allah berfirman :"Sesungguhnya puasa itu untuk-Ku dan Akulah yang membalasnya kerana dia meninggalkan makan minum dan syahwatnya kerana Aku." Orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan ketika bertemu Tuhannya." -HR Ibnu Majah-

Pena Tumpul - Memohon keredaanNya

Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...