Skip to main content

Darah

Di usia lewat 50annya kini, Utih sering mengadu sakit kepala dan pelbagai penyakit lain yang selalunya hinggap di peringkat usia begitu seperti sakit kaki dan lutut, mudah penat dan sebagainya. Selalunya Utih berpuas hati hanya sekadar menelan beberapa biji pil penahan sakit, dan penyakitnya akan berulang lagi selepas itu. Kami memikirkan jalan yang terbaik untuk memujuk Utih agar bersetuju diambil darahnya untuk ujian bagi mengetahui status kesihatannya. Dengan bantuan Adah, salah seorang adik saya yang bertugas sebagai jururawat diHKL, kami bercadang melakukan ujian darah ke atas Utih di rumah, bukan di hospital kerana kami amat sedar Utih memang fobia untuk bertemu doktor. Akhirnya, tidak sampai 10 minit segalanya selesai dilakukan pada pagi ini.
Darah Utih berjaya diambil untuk diuji tahap kolestrol, kencing manis, buah pinggang dan juga kadar Haemoglobinnya. Utih tidak keseorangan bila Mak dan juga Pak Utih juga tidak teragak-agak untuk di suntik oleh "Doktor Adah". Kini Mak Utih menungu keputusan ujian darahnya dengan debaran. Apakah beliau terlepas dari penyakit yang amat ditakutinya selama ini? Ada kencing manis kah dia, bagaimana tahap kolestrolnya? Semuanya bakal terjawab nanti.

Pena Tumpul - Takut juga

Comments

Anonymous said…
abg kamil.....harap2 every thing gonna b ok...kesian mak utih... =(
(aca)
Kamil said…
Alhamdulillah. Semuanya OK. Mak Utih bebas dari segala penyakit., kecuali kandungan lemak yang agak tinggi dalam darahnya.

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...