Skip to main content

Pemimpin


Topik kepimpinan saya kuliahkan kepada lebih kurang 150 pelajar yang mengambil kursus "Organizational Behaviour" pagi ini. Berbicara tentang kepimpinan pastinya tidak mampu dilengkapkan dalam tempoh masa dua jam yang agak terbatas. Saya mengajak pelajar untuk melihat aspek kepimpinan ini dalam perspektif yang lebih luas melangkaui apa yang tercatat dalam buku olahan sarjana-sarjana barat. Saya tonjolkan kepimpinan junjungan besar Nabi Muhammad sebagai model kepimpinan paling tinggi lebih dari apa yang dimiliki oleh Nelson Mandella, Hitler, Dalai Lama, Kennedy seperti yang digambarkan dalam kebanyakan buku yang dihasilkan oleh sarjana barat itu. Malah konsep pemimpin itu tidak seharusnya difahami dalam konteks yang sempit begitu, justeru sebenarnya setiap orang adalah pemimpin atau pun khalifah di bumi Allah ini. Paling tidak, kita adalah pemimpin kepada diri kita sendiri dalam menentukan hala tuju hidup kita, baik atau buruknya. Juga, pemimpin kepada sebuah keluarga, masyarakat, organisasi dan sebuah negara. Ramai yang berebut-rebut untuk menjadi pemimpin namun dalam banyak keadaan tidak menyedari betapa tanggungjawab yang perlu digalas akhirnya gagal dilaksanakan.

Tidak kurang pula pemimpin yang sentiasa ingin dilihat popular dan hebat di mata pengikutnya. Ingin selalu dipuji dan disanjung sentiasa, macam tidak ada cacat celanya. Cuma yang mahu didengar hanyalah kata-kata yang sedap-sedap sahaja, lebih-lebih lagi apabila mempunyai kedudukan yang tinggi dalam organisasi atau masyarakat, ditambah pula oleh orang disekeliling terdiri daripada kaki ampu dan ‘bodek’, maka semakin lemaslah pemimpin begini dalam lautan pujian yang tidak bertepi. Pemimpin begini mengingatkan saya kepada kisah seorang raja yang mabuk dek pujian oleh menteri -menterinya yang kaki ampu sehingga begitu percaya betapa cantiknya pakaian yang dipakainya walaupun sebenarnya ia tidak berpakaian langsung. Raja yang malang itu tentunya akan terus hanyut dalam pujian penuh kepalsuan yang berkepentingan sekiranya tidak dikejutkan oleh seorang budak kecil yang amat jujur yang tidak berkepentingan apa-apa pun untuk menyuarakan " Raja kita berbogel!" Namun tidak ramai yang cukup berani seperti budak kecil itu dan tentunya bukan menteri yang takut hilang kuasa dan kedudukannya dimata ketuanya.

Pena Tumpul - Menjadi pemimpin keluarga sahaja




Comments

Anonymous said…
Salam En. A Kamil,

Saya bersetuju dengan pendapat Tuan. Cuma hanya segelintir pemimpin sahaja yang mendahulukan kepentingan orang lain daripada diri sendiri.

Moga Allah memberi kita kekuatan untuk memimpin keluarga dan menjadi contoh "khalifah" yang terbaik buat anak2 dan isteri.

Wassalam.

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...