Skip to main content

Hutang


Sebuah kereta ini tiba-tiba dilihat di atas jalanraya dan anehnya ia tidak dipandu apatah lagi dimiliki oleh seorang yang sedang bersusah payah membayar ansuran bulanannya. Malangnya nasib Kak Long, sebagai penjamin, dia terpaksa melangsaikan hutang tertunggak kereta ini gara-gara perbuatan empunya yang tidak cukup mampu membayarnya. Sampai kini yang berhutang cukup selesa dan lepas tangan. Dan Kak Long sedang membayar atas sesuatu yang tidak pernah pun dimilikinya.

Saya kira bukan sedikit yang menjadi mangsa kepada peminjam yang tidak bertanggungjawab begini. Senangnya bila segala beban didokong bagai biawak hidup dek penjamin yang selalunya tidak punya pilihan untuk lepas tangan juga. Saya sendiri pernah dianiayai rakan "baik" yang licik lalu memaksa saya menjunjung segalanya di batu jemala sehingga segalanya lunas.

Kata Ustaz, adalah berdosa besar bagi orang yang sengaja tidak membayar hutang. Seseorang yang suka melewat-lewatkan bayaran hutang setelah berkemampuan untuk membayarnya, boleh mendatangkan kesan buruk dalam hidupnya bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat. Dan saya yakin semua orang tahu tentangnya.

Sabda Rasul S.A.W. yang bermaksud: ā€œPenangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya (Riwayat Ibnu Majah)

Sabda Rasul S.A.W. lagi yang bermaksud; ā€œKurangkan dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkan daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebasā€. (Riwayat Baihaqi)

Berhutang itu diharuskan oleh Islam, manakala membayar balik hutang itu pula diwajibkan. Dalam hal ini, besarnya kewajipan melunaskan hutang diterangkan dalam sabda Rasulullah SAW yang bermaksud ā€œDiampuni semua dosa orang yang mati syahid kecuali hutang.ā€ (Riwayat Muslim).

Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud ā€œSesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah ketika seseorang hamba itu berjumpa dengan Allah nanti selepas dosa besar lain yang ditegah ialah seseorang lelaki yang berjumpa dengan Allah di hari Hisab dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan lagi.ā€

Dalam kepayahan Kak Long tidak jemu berdoa agar yang berhutang jadi kaya dan ambil biawak hidupnya semula
Pena Tumpul - Cukup bulan bayar hutang itu dan ini

Comments

PENA KASIH said…
Kasihan Kak Long yang terpaksa menanggung hutang.Bukan sedikit tapi menelan puluhan ribu.Rintihan dan keluhan Kak Long sering didengar.Namun percaya, Kak Long sentiasa bersabar dan bersabar walaupun ada masanya ia hilang kesabaran.Semuanya memberi peringatan kepada saya agar tidak menganiaya orang.Cukup pada apa yang kami sekeluarga alami, akhirnya orang yang menganiaya kami hilang segala-galanya.Rumahtangga dan hilang pekerjaan.Bukan doa kami.Kami sentiasa mendoakan terbaik untuk mereka tapi semuanya sudah tersurat.Allah sentiasa mendengar rintihan orang yang teraniaya.
PENA KASIH said…
Yalah,hujung bulan fikir hutang dengan bank.Hutang kereta la,hutang itu dan ini.Tapi hutang orang perlu ingat.

Popular posts from this blog

Cukur jambul

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi) Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin. Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan ...

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w...

LailatulQadr

S aya melihat sekeliling saya orang sibuk bercakap fasal Lailatul Qadr. Di sepuluh malam terakhir ini memang itu pun fokus kita selain terus menjalankan ibadah puasa. Semua tahu bahawa di bulan ini, Allah anugerahkan kita umat Muhamad dengan satu malam yang super hebat. Malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Ia menyamai tempoh kita beribadat lebih 83 tahun. Hebat kan! Pagi ini lewat corong radio seorang Ustaz bercerita kenapa umat Muhammad Allah kurniakan malam yang bernilai 83 tahun ini. Katanya, Rasulullah saw. pernah bercerita bahawa beliau mendapat wahyu dari Allah tentang seorang laki-laki Bani Israil yang berjihad di jalan Allah selama seribu bulan tanpa henti. Rasulullah saw. sangat kagum, lalu beliau berdoa, "Tuhanku, Engkau telah menjadikan umatku orang-orang yang pendek usia dan sedikit amalan." Kemudian Allah memberi keutamaan kepada Rasulullah saw. dengan memberikan Lailatul Qadar yang nilainya lebih baik daripada seribu bulan yang digunakan ole...