Skip to main content

Drama

Menghasilkan sebuah persembahan drama adalah salah satu tugasan kursus "Critical and Creative Thinking". Musim ini saya diberi peluang untuk mengemudi dua buah kelas- D5D1 dan D5D2. Saya menghadapi kerenah yang bukan sedikit dari pelajar-pelajar Pengurusan Bank ini. Ia bermula dengan keengganan mereka untuk mempamerkan persembahan di kampus JB bersekali dengan kumpulan pelajar di sana. Alasannya mudah- Dewan di kampus Larkin tidak cukup besar untuk memberikan ruang kepada mereka untuk bebas bergerak di atas pentas. Ia jauh lebih kecil dari Dewan Sri Temenggong di kampus Segamat. Saya akur dengan permintaan mereka dan persembahan di JB batal. Persembahan di DST juga tidak menjadi kenyataan kerana masalah teknikal.

Kumpulan pelajar kali ini banyak bermain tarik tali dengan saya. Persembahan drama yang sepatutnya dilakukan mengikut jadual yang telah ditetapkan sejak awal terpaksa ditangguh beberapa kali kerana alasan yang sudah amat biasa - sibuk dan tidak ada masa. Alasan tidak berbakat untuk berdrama juga diajukan. Saya faham masalah mereka dan melayan kehendak mereka. Mereka menjanjikan saya sebuah persembahan yang paling terbaik. Saya setuju dan menanti-nanti saat yang di rancang.

Akhirnya, malam ini saya diundang untuk menyaksikan persembahan mereka. Kelas D5D1 menyajikan sebuah persembahan ala pantomin bertema kemanusiaan dan keamanan sejagat. Saya mahu mereka menerapkan kaedah berfikir "Six Thinking Hats" cetusan De Bono. Ada bentuk namun tiada. Kurang terserlah aplikasi berfikir enam topi ini. Namun berjaya mempamerkan kreativiti. Muzik latar cukup menarik. Perjalanan drama agak kelam kabut. Peralihan babak juga kucar kacir. Lebih mengecewakan - dailog tidak jelas dan tidak difahami buah butirnya.

Pelajar D5D2 lain pula kerenahnya. Tidak cukup yakin untuk mempersembahkan sebuah drama secara "live". Saya melayan kemahuan mereka untuk dipersembahkan dalam bentuk rakaman video. Ia satu kelebihan kepada kelas ini. Persembahan yang baik namun perjalanan cerita yang lembab mencacatkan segalanya.

Namun saya tahu, mereka telah bertungkus lumus menghasilkannya setakat termampu. Saya perlu akur mereka bukan pelajar seni persembahan. Apapun ia tidaklah sampai mengecewakan saya.

Dalam perjalanan pulang, isteri sempat berkata, "Entah apa-apalah drama "your students". Tidak faham pun!

Pena Tumpul - Hahahahahahaahahahahahaa!

Comments

Popular posts from this blog

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Rencah

P erjalanan berkereta dari Segamat ke Serting pagi ini pastinya membosankan kalau tidak disulami dengan bual bicara dan gurau ketawa. Tok Ya yang turut serta bersama isterinya selain isteri dan Haziq memecah kesunyian apabila setelah lima minit berlalu saya masih lagi senyap justeru tidak ada apa yang hendak dibualkan. Tok Ya menyuarakan rasa kesal dan terkilan di atas pemergian Pak Itam sebulan yang lalu. " Dia mungkin boleh diselamatkan kalau mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta ". Walau pun kematian Pak Itam sudah ditentukan Ilahi namun layanan dan rawatan yang diberikan oleh hospital kerajaan amat dikesalkan. Pak Itam dibiarkan berminggu-minggu terlantar di katil sebelum pembedahan dilakukan. Yang lebih mengecewakan lagi apabila kecuaian yang dilakukan semasa pembedahan sehingga berlakunya infeksi pada paru-paru. Ini fenomena biasa di hospital kerajaan. Tok Ya sempat menceritakan pengalamannya dirawat di dua hospital yang berbeza ini. Walaupun ribuan ringgit terp...