Skip to main content

Hukuman

"Ayah, kenapa tidak dihukum sahaja pesalah tu..dah terang-terang dia bersalah kan...semua orang tahu dia yang dera sampai mati Umaira..dalam suratkhabar pun ada cerita fasal ni" Begitu kata Haziq bila menyaksikan pesalah berkenaan yang bergari diusung keluar oleh polis keluar dari mahkamah lewat Buletin Utama TV3 malam tadi. "Dah tu...selamba aja, macam tak buat salah pun...ngaku ajalah..kan senang!" Haziq terus menyuarakan rasa tidak puashatinya.

Sememangnya sudah acap benar kita lihat di kaca tv seseorang yang dituduh bersalah diheret keluar mahkamah kelihatannya begitu naif seolah tidak buat salah pun. Ikut hati mahu sahaja dia dijatuhkan hukuman waktu itu juga. Tidak perlu hendak tunggu sampai berbulan-bulan malah bertahun sehingga hukuman dapat dijatuhkan. Namun ia bukan begitu. Saya katakan pada Haziq menjatuhkan hukuman tidak semudah yang difikir dan dimahukan. Ia perlu melalui proses undang-undang yang bertujuan memberi keadilan kepada semua pihak. Benar, seorang pesalah itu jelas melakukan kesalahan di mata ramai namun undang-undang mengatakan,"sesorang yang dituduh bersalah tidak akan disabitkan sebagai bersalah sehingga dia dibuktikan bersalah oleh pihak mahkamah". Justeru itu dalam keadaan tertentu seseorang yang nampak bersalah pada kita akhirnya lepas bebas seandainya tiada bukti yang boleh mensabitkan bahawa dia memang bersalah. Seseorang yang dituduh bersalah juga diberi peluang untuk membela diri bagi membuktikan bahawa dia tidak bersalah. Begitulah proses undang-undang yang perlu dilalui.

Haziq faham namun saya dapat mengagak jauh di sudut hati kecilnya terbenam rasa marah yang bukan kepalang dengan tindakan lelaki yang lebih teruk dari haiwan ini sampai sanggup membunuh anak kecil yang tidak berdosa.

Pena Tumpul - Teringat kena hukum lari keliling padang beberapa pusingan kerana tidak hadir latihan sukan sewaktu sekolah dulu

Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...