Skip to main content

Terkenal

Kata Dr Fadzilah Kamsah kalau kita sendiri "boring" dengan kerja kita, orang lain yang berurusan dengan kita pun akan lebih lagilah terasa tempias rasa "boring" itu.

Saya amat jarang berurusan dengan pihak pengurusan kecuali diminta berbuat demikian dan bila saya sendiri rasa amat sangat membutuhkan bantuan mereka. Pagi ini keperluan itu datang dan ia amat mendesak. Saya dilayan bina tak bina dan bagai melepas batuk ditangga. Saya dibiarkan menunggu tanpa diberikan bantuan yang saya harapkan. Dalam masa yang sama saya juga melihat beberapa orang pelajar yang berurusan di kaunter turut dilayan "halfheartedly". Saya dapat merasakannya. Dalam kata lain tidak sepenuh hati saja kelihatannya. Saya lihat reaksi pelajar yang dilayan begitu.

"Encik sapa nama ye, tunggu sekejap ye....Encik XXX sibuk sedang online... Dulu tak der orang ajar ke? " Saya menunggu lagi namun akhirnya berlalu pergi dengan hampa.

Saya belajar beberapa perkara penting. Urusan di kaunter perlu dikendalikan oleh petugas yang mesra pelanggan. Bukan petugas yang "dipaksa" untuk senyum pahit. Bukan petugas yang tidak seronok dengan tugasnya dan akibatnya buat orang lain tidak seronok. Bukan juga untuk menyusahkan orang lain yang berurusan dengannya. Kalau ingin dapat layanan kelas satu (saya tidak pernah harap pun, layanan kelas tiga pun memadailah) saya juga kena ingat satu perkara, "Make yourself seen, heard, noticeable". Jangan "low profile". Kena banyak huhahuhahahuha kerana ini amat penting sekarang. Perlu jadi terkenal.

Pena Tumpul - Letak robot sahaja, lebih mudah!

Comments

Popular posts from this blog

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Rencah

P erjalanan berkereta dari Segamat ke Serting pagi ini pastinya membosankan kalau tidak disulami dengan bual bicara dan gurau ketawa. Tok Ya yang turut serta bersama isterinya selain isteri dan Haziq memecah kesunyian apabila setelah lima minit berlalu saya masih lagi senyap justeru tidak ada apa yang hendak dibualkan. Tok Ya menyuarakan rasa kesal dan terkilan di atas pemergian Pak Itam sebulan yang lalu. " Dia mungkin boleh diselamatkan kalau mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta ". Walau pun kematian Pak Itam sudah ditentukan Ilahi namun layanan dan rawatan yang diberikan oleh hospital kerajaan amat dikesalkan. Pak Itam dibiarkan berminggu-minggu terlantar di katil sebelum pembedahan dilakukan. Yang lebih mengecewakan lagi apabila kecuaian yang dilakukan semasa pembedahan sehingga berlakunya infeksi pada paru-paru. Ini fenomena biasa di hospital kerajaan. Tok Ya sempat menceritakan pengalamannya dirawat di dua hospital yang berbeza ini. Walaupun ribuan ringgit terp...