Skip to main content

TV

Fomca menganjurkan "Minggu Tidak Menonton Televisyen" bermula 21 hingga 27 April ini. Fomca mengatakan perlakuan liar remaja sekarang ada kaitannya dengan pengaruh kotak ajaib itu. Program yang disajikan yang berunsur negatif memberi impak tidak sihat kepada para remaja yang menontonnya. Dan di peringkat usia begini remaja memang senang untuk terpengaruh dengan apa yang mereka tonton. Mudah mengikut juga.

Pada saya, usaha ini patut disambut baik oleh setiap pihak khususnya ibubapa. Kuasa terletak di tangan mereka untuk memastikan anak-anak tidak menonton tv secara berlebihan. Tidak siapa dapat menafikan kuatnya penangan tv ini. Ada yang sampai menghabiskan masa berjam-jam depan tv dan tidak mahu bingkas melayan rancangan yang digilai. Dengan pelbagai pilihan saluran milik kerajaan dan swasta ditambah pula dengan stesyen berbayar, usaha untuk "merehatkan" tv selama seminggu dilihat agak sukar. Tarikan tv memang kuat khususnya pada anak-anak yang sedang membesar dan golongan remaja. Hafiz yang sebelum ini dipuji setinggi langit kerana tidak mengendahkan langsung tv, kini sudah sebaliknya. Di usia 4 tahun Hafiz begitu terpesona dengan program kartun. Di satu peringkat, ibu dan ayahnya terpaksa beralah dan sama-sama melayan kemahuannya 24 jam menonton katun.

Demam bola Piala Dunia semakin hampir dan tarikan untuk lebih lama terpaku depan tv semakin kuat. Saya sendiri bimbang dengan Haziq yang minat bola bukan kepalang sedangkan PMR kian menjelang.

Pena Tumpul - Memilih rancangan yang bermanafaat untuk ditonton

Comments

Popular posts from this blog

Kuasa

B ila memandu di lebuhraya, keinginan untuk memandu laju melampaui had yang ditetapkan cukup membuak-buak. Sesekali ada peluang kereta dipecut semahunya. 110km sejam yang ditetapkan bagai tidak diendah lagi. Tidak terfikir lagi tentang perangkap laju yang mungkin tersorok di mana-mana menunggu mangsa. Kuatnya pengaruh kuasa. Saya memotong kereta satu demi satu tanpa gusar dan ragu.Namun momentum terus bertukar perlahan sebaik sahaja memotong sebuah kereta Waja. Kereta ini benar-benar mempengaruhi saya supaya tidak terus memandu laju. Sebabnya mudah sahaja. Kereta yang saya potong itu ada logo Polis di belakangnya. Walaupun saya tahu bukanlah satu kesalahan pun untuk memotong mana-mana kereta berlogo begitu namun pengaruh logo itu memang cukup kuat. Begitu juga kesan daripada warna baju hijau memantul cahaya yang selalu dipakai polis. Terpandang sahaja kelibat baju hijau ini dari jauh, tali pinggang yang sengaja tidak dipakai akan bergolot dipakai. Akhirnya tertipu sendiri bila ...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w...