D aripada Al-Barra’ bin Azib r.a, berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya Allah dan malaikatnya berdoa untuk yang berdiri di saf pertama. Para muazzin pula akan diampunkan sebanyak mana suaranya dan siapa yang mendengarnya menjadi saksi. Dia akan mendapat pahala orang yang mengerjakansolat bersamanya” .
(Al-Nasai).
Ketika duduk-duduk menunggu Isyak malam tadi, Pak Husin bilal dalam suara yang tersekat-sekat menyuarakan isi hatinya. " Saya ni tidak sihat sangat sekarang. Kaki sakit-sakit. Bila duduk, nak bangun susahnya." Pak Husin seolah-olah ingin menyatakan bahawa beliau sudah tidak larat lagi hendak memikul amanah sebagai bilal dan ingin melepaskan tugasnya melaungkan azan itu sejak dua dasawarsa lalu.
Saya pandang wajah Tok Imam. Nampak macam sedikit kecewa dan susah hati. Sedih pun ada. Bercampur baur. Saya dapat menduga apa yang Tok Imam rasa. Dia memikirkan pengganti kepada Pak Husin. Sesekali bila Pak Husin tidak cukup gagah untuk ke masjid,