Skip to main content

Labbaikallah


"Tiada orang Islam yang susah kerana menunaikan Haji". Begitu petikan khutbah yang dibacakan dengan lantang oleh Hj Muda, imam Masjid Kg Gudang Garam hari ini. Memang tiada yang akan jatuh miskin pun kerana pergi ke Tanah Suci.

Keinginan dan dorongan untuk ke Baitullah sentiasa ada pada setiap Muslim tidak kira apa pun keturunan dan status sosial dan ekonomi. Baik yang miskin apa tah lagi yang kaya sentiasa terbakar semangatnya untuk menunaikan Rukun Islam ini, sekurang-kurangnya untuk sekali. Saya tidak terkecuali. Hasrat dan niat untuk ke sana tidak pernah padam lebih-lebih lagi apabila tertarik dengan cerita-cerita emak yang pernah pergi ke sana dua kali. Saya sedar emak sedang dan akan terus membakar semangat saya.


"Lebih baik kau daftar cepat-cepat Mil. Ada jiran emak tu baru daftar, 2023 baru boleh pergi." Saya sengaja tidak memberitahu pada emak malah pada sesiapa pun bahawa saya dan isteri telah pun mendaftar sejak dua tahun yang lalu. Dan saya masih merahsiakannya lagi pada emak. Bila sampai masa nanti dengan izinNya akan ke sana juga saya dan isteri.

Begitulah tarikan untuk ke Tanah Suci terus bertambah sehingga perlu menunggu bertahun-tahun sebelum giliran sampai. Ini tidak berlaku puluhan tahun yang lalu ketika orang ramai tidak sangat terpanggil untuk ke sana.

Saya harap saya cukup bersabar menunggu dan berharap bila giliran itu akhirnya sampai saya dan isteri sudah cukup-cukup bersedia.

Pena Tumpul - Masih segar di ingatan ketika hantar Atok Buyong naik kapal di Pelabuhan Kelang awal 70an


Comments

Popular posts from this blog

Cukur jambul

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi) Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin. Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan ...

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...