Dalam perjalanan ke sekolah pagi tadi, kami terserempak sebatang pokok kayu kecil merintangi jalan.Pastinya kesan ribut kencang berserta hujan lebat lewat malam tadi. Namun ia tidak sampai menyekat laluan. Ada kenderaan yang telah pun lalu sebelumnya dan membentuk laluan baru di bahu jalan. Saya hampir turun dari kereta untuk mengalihkan kayu tersebut ke tepi. Ia bukanlah batang kayu yang besar sangat dan saya tahu saya mampu menganjaknya dengan sedikit bantuan dari Haziq.
Namun isteri berpandangan lain. Waktu agak menghambat. Lalu tidak perlu buang waktu untuk melakukan sesuatu yang ada orang lain boleh buat sebenarnya. Ya, ada orang lain yang boleh buat. Saya percaya orang lain yang bakal melalui jalan ini juga akan berpandangan yang sama. Biar orang lain yang buat. Biar berpuluh orang pun yang lalu, pandangan mereka macam sudah diduga. Pandangan yang sama dan sama dan sama.
Tengahari ini bila saya sekali lagi melewati jalan yang saya sama tadi, keadaannya masih sama. Batang pokok masih di situ setelah enam jam berlalu. Tiada siapa yang cukup rajin untuk mengalihnya pun.
Beginilah yang selalu berlaku. Jangkaan dan harapan bahawa akan ada orang lain yang boleh melakukanya selalunya berakhir dengan tiada siapa yang membuatnya pun. Dalam sebuah kampung, sikap "tidak apa" dan lepas tangan akan menyumbang kepada keruntuhan sebuah regu yang baik. Andainya semua orang bersikap ambil peduli pastinya batang kayu yang menghadang jalan tadi tidak terus berada di situ.
Kisah se tempayan air ini juga bernada sama dan cukup menarik untuk dijadikan iktibar.
“Esok, setiap satu keluarga di kampung ini mesti menyumbangkan semangkuk susu untuk membantu askar-askar kita yang sedang dalam perjalanan menuju ke medan perang untuk mempertahankan negara,” kata seorang penghulu dengan begitu bersemangat sekali dalam satu perhimpunan seluruh penduduk kampungnya.
“Tidak banyak, hanya semangkuk susu,” tambah penghulu itu lagi.
“Saya akan letakkan sebuah tempayan besar di halaman rumah saya pada petang ini. Kamu semua boleh menuang semangkuk susu yang dimaksudkan mulai petang ini sehingga awal pagi esok. Tentera kita akan sampai sebelum tengah hari dan dapatlah mereka minum sebelum meneruskan perjalanan pada waktu petangnya,” jelasnya panjang lebar.
“Ah, aku akan membawa hanya semangkuk air dan tidak akan ada siapa yang tahu bila aku campurkan dengan susu yang banyak dalam tempayan itu,” bisik hati seorang penduduk kampung.
“Kalau aku tuangkan semangkuk air ke dalam tempayan, tidak menjejaskan apa-apa. Hari pun gelap,” detik rasa seorang penduduk yang lain.
Esoknya, alangkah terkejutnya si penghulu dan seluruh penduduk kampung bila yang terkumpul di dalam tempayan itu bukanlah susu tetapi setempayan air!
Pena Tumpul - Selalu tutup suis lampu dan kipas yang tinggal terpasang dalam bilik kuliah

Comments