Tidak ada apa yang lebih menggembirakan selain daripada diberi kesempatan untuk mencecah usia 50 tahun ini. Setahun lagi umur bertambah meninggalkan sisa-sisa usia yang terus berkurang. Setinggi-tinggi rasa syukur dipanjatkan kepadaNya kerana nikmat yang tidak terhingga. Nikmat usia yang diberkati. Nikmat kesihatan dan juga nikmat kebahagiaan di samping keluarga.
Pagi ini nikmatnya melimpah lagi. Tanpa saya duga dan jangka sekumpulan pelajar-pelajar yang saya kasihi menyajikan juadah yang amat menyelerakan. Ada mee goreng. Kek cokelat pun ada. Malah yang lebih menariknya ada pulut kuning bersama kari yang cukup sedap. Saya makan bersama mereka bagaikan satu keluarga. Saya amat terharu dengan mereka. Tiada kata yang dapat saya ucapkan untuk menyatakan betapa saya amat sangat berbangga dengan mereka.
Saya akan sentiasa mengingati mereka setiap kali melihat hadiah yang diberi meniti hari-hari berlalu saat demi saat!
Pena Tumpul - Semoga mereka berjaya cemerlang dalam peperiksaan yang mendatang

Comments
WE LOVE U SIR KAMIL!!
-shahrine shazwanie-