Skip to main content

Mengampu

"Cantiklah mama hari ini. Pandai mama pilih baju. Lauk ayam paprik yang mama masak tadi pun sedap sangat. Banyak kali Haziq tambah."

Haziq memuji mamanya berlebih sangat petang ini. Luar biasa pujian yang dianugerahkan kepada mamanya. Walaupun dia memang pernah memuji sebelum ini namun pujiannya kali ini menghairankan seorang saya dan juga mamanya. Ia meragukan saya. Saya mula memikirkan yang bukan-bukan tentangnya. Adakah dia mengampu? Adakah pujian itu bermotif

Perbuatan mengampu dianggap oleh kebanyakan orang sebagai perbuatan yang salah. Ia dianggap begitu kerana dikatakan disebalik perbuatan itu ada udang di sebalik batu. Oleh itu perbuatan mengampu dianggap salah kerana tujuannya manipulatif. Biasanya apabila kita mengampu orang, kita sendiri tidak perasan kita sedang mengampu orang itu. Tujuan kita mengampu adalah supaya orang yang kita ampu itu suka kepada kita, dengan cara itu kita berharap kita akan dapat mempengaruhinya.

Ada pelbagai cara orang mengampu. Antaranya dengan memuji keistemewaan orang lain lebih daripada apa yang sebenarnya. Umpamanya mama tidaklah pandai sangat memasak pun tetapi Haziq memujinya seolah-olah kepandaiannya memasak mengalahkan Chef Wan. Cara begini sangat biasa dilakukan dan terlalu ketara sehingga orang yang dipuji tahu bahawa dia sedang cuba diampu. Ada juga yang mengampu dengan cara sanggup membuat apa sahaja yang diarahkan oleh orang yang sedang diampu itu. Kalau mengampu bos, ada yang sampai sanggup mengilatkan kasut bos!

Perbuatan mengampu ada risikonya kerana manusia tidak suka diputar belit. Oleh itu kalau kita ingin mengampu ia mesti dibuat dengan hati-hati supaya orang yang diampu tidak berasa adanya udang di balik batu. Pilih masa yang sesuai. Jangan memberi pujian pada bos kita pada musim penilaian prestasi sedang dibuat nanti dia tahu kita memang sedang mengampunya!

Jangan berlebihan memuji dan mengangkat seseorang itu macam sangat istemewa. Kritik juga sedikit-sedikit dan tunjukkan yang dia bukanlah istemewa mana pun. Kajian menunjukkan manusia lebih suka kepada orang-orang yang pada mulanya tidak berapa suka kepada mereka, tetapi kemudian perlahan-lahan mula menyukainya!

Pujian berlebihan Haziq bermotif rupanya, dia minta dibelikan sepasang kasut bola!
 
Pena Tumpul - Bila gulai ketam lemak cili api masakan isteri memang sedap, itu memang betul dan bukan mengampu

Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...