Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2012

Zoo

H afiz merengek sepanjang perjalanan balik dari Melaka menziarahi atoknya. Itu kata ibunya bila bercerita tentang anak lelakinya. Hafiz bukan sahaja merungut kerana tidak dilayan kehendaknya itu, tetapi juga kerana ayahnya tidak singgah di mana-mana kompleks beli belah pun. Kanak-kanak memang sangat suka di tempat begini kerana ada tarikannya. Paling tidak, boleh lari kejar-kejar sebebasnya atau pun mengenakan ayah dan ibu dengan mainan baru. Memang itu pun tujuan Hafiz selalunya. Memang tidak dinafikan ibu bapa suka bawa anak-anak ke zoo. Kanak-kanak pun memang suka dengan binatang. Melihat binatang-binatang liar di kaca tv atau pun gambar tentulah tidaklah sama kesannya dengan melihatnya sendiri di zoo.Kali terakhir saya ke zoo kira-kira 10 tahun yang lepas. Itu pun atas desakan Haziq yang berusia 6 tahun waktu itu yang ingin sangat tengok zirafah. Selepas itu, saya tidak pernah tertarik pun untuk ke zoo lagi. Khabarnya, ada enam buah zoo yang telah ditutup kerana dikatakan gag

Al-Rum

  "Dan apabila manusia ditimpa oleh sesuatu bahaya, mereka segera berdoa kepada Tuhan mereka dengan kembali bertaubat kepadaNya kemudian apabila Allah memberi mereka merasai sesuatu rahmat daripadaNya, tiba-tiba sebahagian dari mereka mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Tuhannya"     M asalah sentiasa datang bersilih ganti dalam hidup dan tiada seorang pun yang terkecuali melaluinya. Lazimnya, bila selesai saja satu masalah, masalah yang lain akan menyusul. Masalah bagaikan datang dan pergi tidak ada habisnya. Acapkali kita bertanya, bilakah  boleh bebas dari masalah yang membelenggu hidup ini. Beginilah antara keluhan yang sering kita dengar dari mereka yang sedang diuji oleh Allah. Na’uzubillahi min zalik, janganlah sampai kita melontarkan keluhan seperti ini. Jika kita tidak mahu menerima ujian dari Allah kita tidak perlu hidup sebenarnya. Justeru, hidup ibarat sekolah, maknanya kita pasti tidak akan terlepas dari sebarang ujian. Saya

Khatam

S aya gagal menepati sasaran untuk khatam AlQuran pada penghujung Ramadan. Pun begitu, saya tetap bersyukur kerana khatam juga 30 juzuk AlQuran lima hari selepas Ramadan berlalu. Pada zaman Rasulullah ada para sahabat Nabi yang mengkhatam al-Quran dalam tempoh yang sangat singkat. Namun, baginda ada memberi pesan, kalau nak khatam dalam masa yang singkat, jangan khatam kurang dari 7 hari. Dari `Abdullah bin `Amru radhiAllahu `anhuma bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya : “Bacalah (khatamkanlah) al-Quran dalam sebulan sekali.” Aku berkata: ”Sesungguhnya aku mampu untuk lebih dari itu.” Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: “Maka, khatamkanlah dalam tujuh hari, jangan kurang dari itu.” (HR al-Bukhari) Ini supaya kita membacanya dalam keadaan baik, tidak gopoh dan membacanya dengan penuh penghayatan. Kalau baca kelam kabut pun tiada gunanya juga. Kerana manfaat utama dari al-Quran adalah dengan menghayati maksudnya. Di samping itu, s

Air

M asalah air lagi. Ketika air sangat-sangat diperlukan, ketika itu jugalah bekalan air tersekat-sekat dan terputus. Lebih mengecewakan di musim perayaan pun, bekalan air yang tidak lancar terus menghantui pengguna termasuk saya. Pengguna mungkin boleh bertahan kalau keadaan ini berlaku pada hari-hari biasa. Bila masalah air ini akan selesai? Sampai bila ia akan berterusan? Ini antara persoalan yang berlegar difikiran dan perlu kepada jawapan. Saya mendapatkan jawapannya bila berpeluang berbual dengan dua orang yang memang berautoriti untuk bercakap tentang air. Kata Aidil, jurutera SAJ yang datang ke rumah berhari raya masalah air di Segamat hanya akan selesai sepenuhnya menjelang 2016 atau paling lewat 2018 apabila sebuah loji siap dibina nanti. Sebabnya loji yang sedia ada tidak berupaya menampung taman-taman perumahan baru yang membiak sekarang. Begitu juga dengan bilangan tangki yang agak terhad. Akibatnya, kawasan yang tinggi akan terjejas kerana selalunya air akan sampai laju

Hasil

S elalu terjadi, kita merasakan kerja yang kita lakukan macam sia-sia. Buat sesuatu yang tiada faedahnya. Ibarat mencangkul angin, letih yang diraih sedangkan hasil tidak diperoleh. Lantas terlintas di hati rasa  malas yang menebal untuk tidak melakukan  perkara yang sama lagi kerana seakan tidak berbaloi. Akhirnya perkara yang sepatutnya memang amat besar faedahnya untuk dilakukan akan kita abaikan hanya kerana kita merasakan kita tidak dapat menuai hasilnya. Wajarkah? Saya ingin berkongsi sebuah kisah yang cukup menarik ini. Seorang petani tua tinggal bersama cucunya di sebuah kawasan pedalaman. Rutin sesudah subuh sebelum bertani, Si Atuk akan membaca al-Quran di pangkin. Amad, cucu Si Atuk sentiasa memerhatikan gelagat atuknya, dan berusaha untuk merutinkan bacaannya seperti atuk. Suatu hari Amad bertanya, "Atuk, Amad cuba untuk baca al-Quran setiap hari macam Atuk, tapi Amad selalu tidak faham. Bila faham sekali pun, Amad tetap akan lupa bila Amad tutup al-

Baju

B ila saya lihat Haziq bebas untuk memilih baju kemeja kesukaannya untuk hari raya, hati saya sangat tersentuh. Saya dan mamanya menunggu sehingga beberapa jam malah berhijrah dari sebuah pasaraya ke sebuah pasaraya kerana baju yang diidam hatinya tidak kunjung jumpa. Saya tersentuh bukan kerana perlu menunggu lama dengan kerenah anak lelaki yang seorang ini tetapi berpuluh-puluh tahun lalu seusianya saya tidak diberi peluang pun untuk buat pilihan. Malah saya tidak dibawa pun bersama ayah. Bukan kerana saya tidak mahu, tetapi saya tahu ayah ada sebab kenapa tidak perlu bawa anaknya bersama. Ayah tidak punya banyak duit. Saya bukan lahir dengan sudu emas, di mana apa yang saya hendak boleh sahaja saya dapat dengan mudah. Saya cukup mengerti kesukaran ayah menyara kami tujuh beradik. Masih segar di ingatan saya ketika saya dan emak sedang sibuk-sibuk merebus ketupat, ayah balik dengan sehelai kemeja lengan panjang. Saya tidak pernah tanya pun apa jenamanya dan harganya. Saya terim

Lailatulqadr

S epuluh akhir Ramadan adalah di antara malam-malam  yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang ditunggu-tunggu  oleh seluruh umat Islam. Menurut riwayat, biasanya Rasullullah  berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakkan amal ibadah pada malam yang. akhir daripada bulan Ramadan berbanding dengan. masa lain. Apa yang boleh kita amalkan pada sepuluh malam terakhir ini. Elok dimulai amalan pada jam 12.00 tengah malam dengan amalan-amalan berikut: 1. Sembahyang sunat wuduk selepas mengambil Wuduk. 2. Sembahyang sunat hajat dan berdoa kepada Allah supaya dipertemu malam Lailatulqadar. 3. Membaca Al-QURAN. 4. Istighfar selama 30 minit atau 100 kali. "Aku Mohon Ampun kepada Allah yang Tiada Tuhan selain Allah dan aku Bertaubat kepadanya" 5. Zikrullah 1000 kali 6. Allahuakbar 300 kali. 7. Bertasbih. Maha Suci Allah 300 kali. 8. Membaca Penghulu istighfar. 9. Membaca Selawat. 10. Zikrullah atau Membaca Al-Quran sehingga solat Subuh.

Palsu

B anyaknya yang palsu dalam kehidupan kita. Pada tubuh badan pun tidak kurang yang palsu, bermula dari hujung rambut hingga hujung kaki. Bermula dengan rambut palsu, bulu mata palsu, gigi palsu, tangan palsu sehinggalah ke kaki palsu. Kadang-kadang senyuman pun palsu. Menangis juga adakalanya palsu. Bila ia palsu, ia tidak asli dan tulin. Khabarnya, akhir-akhir ini tercetus pula soal sijil palsu, diploma dan ijazah yang juga palsu. Dokumen palsu ini digunakan dalam permohonan pekerjaan yang saingannya makin sengit sekarang. Paling menggemparkan pemilik-pemilik PhD palsu yang bilangannya tidak sedikit. Dan lebih memeranjatkan lagi adanya orang politik yang berstatus Tan Sri juga memilikinya. Menurut sumber, khabarnya mereka tidak sanggup berhabisan wang ratusan ribu untuk mendapatkan secara mudah ijazah yang berprestij ini. Sindiket yang mengendalikan kegiatan tidak bermoral ini khabarnya juga mengaut untung jutaan ringgit memperdayakan mangsanya. Manusia sanggup melakukan apa sahaj

3A

S ebagai pelajar, idaman setiap orang ialah mendapatkan A dalam peperiksaan. Malah di kalangan ibubapa pun, memang A itulah yang sentiasa mereka harapkan dicapai oleh anak mereka. Malah A jugalah yang ditekankan oleh pihak guru dan sekolah. Walaupun tidak dinafikan pencapaian yang cemerlang dalam akademik itu penting, jangan sampai kita lupa bahawa kecemerlangan dalam agama dan akhlak juga penting.Lazimnya yang berlaku, dalam keghairahan kita berlumba-lumba memburu A kademik, kita macam mengkesampingkan aspek A khlak dan A gama. Kita selalu sebuk dengan  A yang satu itu  dan lupa A yang dua lagi. Oleh sebab itulah, walau Akademiknya sangat bagus, Agama dan Akhlaknya sangat meragukan. Hasilnya A berderet dalam peperiksaan tapi akhlak mengecewakan. Kadang-kadang tidak solat juga. Tidak juga hormat orang tua. Ramai kalangan kita yang sangat kesah kalau anak-anak tidak cukup pandai dalam A kademiknya lalu kelas tuisyen dijadikan kemestian untuk menampung kekurangan anak-anak itu

Solat

" Tak solat pun hidup senang dan belajar pun pandai" Haziq tinggal solat Subuhnya pagi ini dan saya sangat-sangat marah. Saya beritahu dia walau apa pun keadaan, solat jangan sampai ditinggalkan. Ia ibadat wajib kita padaNya tanda kita taat kepada perintahNya. Allah tidak akan menolong orang yang tidak taat dalam solat. Seusai saya berkata, jawapan diatas terpacul dari mulutnya. Saya perlu menjelaskan kepadanya sebelum dia keliru dengan apa yang diperhati dan dilihatnya. Sekiranya kita berborak dengan orang yang tidak pernah solat dan tanya dia kenapa tidak solat, pasti dia akan kata "malaslah"," tak sempatlah", namun dalam masa yang sama dalam diri dia saya yakin  tetap ada rasa bersalah,rasa  berdosa tanda iman masih ada dalam dirinya. Namun demikian, jika yang dijawabnya, " tak solat pun boleh hidup senang lenang, tak ada masalah pun". dan" tengok orang yang solat tak pernah tinggal tetapi hidup susah memanjang". Apa

Corot

S aya cukup tertarik dengan dapatan Readers Digest tentang budi bahasa orang kita. Khabarnya,majalah Reader’s Diges t yang tinggi reputasinya ini  meletakkan Kuala Lumpur hampir di tempat paling corot dalam senarai Bandar Raya Paling Kurang Berbudi Bahasa iaitu di kedudukan ke-34 daripada 36 bandar raya utama dunia.Dalam lain perkataan, orang kita agak biadab. Saya melihat dapatan ini ada benarnya. Antara yang biasa dilihat dan dialami- bergolot menaiki bas sebelum penumpang turun, tidak mematuhi papan tanda larangan merokok dan meninggalkan troli di kawasan letak kereta. Dikhabarkan juga, perbuatan membiarkan perempuan hamil berdiri di dalam bas juga sangat ketara berlaku di kalangan kita. Nilai berbudi bahasa, sopan santun, sabar, merendah diri,toleransi dan hormat-menghormati masih belum menjadi cara hidup kita. Di sebalik kemajuan teknologi, kita sebenarnya berdepan dengan isu kemerosotan moral dalam kehidupan seharian kita. Sikap pemandu kita yang tidak mematuhi undan

Transformasi

B ila pelajar sekolah mahu pun di universiti tidak kritikal dan kreatif, pasti ada yang tidak kena dengan sistem pendidikan kita. Walaupun kita boleh berbangga dengan pencapaian pelajar kita dalam peperiksaan awam ia bukan indikator yang jitu bahawa mereka cemerlang dan hebat. Ada perkara lain lagi yang perlu diberikan perhatian juga. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Penilaian Rancangan Pelajar Antarabangsa 2009, bilangan siswazah yang menganggur terus meningkat saban tahun.Saya melihat sistem pendidikan menyumbang kepada keadaan ini. Di sekolah misalnya mempamerkan corak pembelajaran yang menekankan pembelajaran permukaan dan pasif. Pelajar tidak diasuh untuk terlibat dalam pembelajaran yang mendalam dan aktif. Hasilnya kita 'berjaya' menghasilkan pelajar yang sebenarnya tidak cukup bersedia untuk meneruskan perjuangan di universiti, apatah lagi untuk kerjaya dan membina kehidupan. Pelajar kita kurang mahir untuk berfikir secara kritikal dan kreatif kerana sistem pe