Skip to main content

Zoo

Hafiz merengek sepanjang perjalanan balik dari Melaka menziarahi atoknya. Itu kata ibunya bila bercerita tentang anak lelakinya. Hafiz bukan sahaja merungut kerana tidak dilayan kehendaknya itu, tetapi juga kerana ayahnya tidak singgah di mana-mana kompleks beli belah pun. Kanak-kanak memang sangat suka di tempat begini kerana ada tarikannya. Paling tidak, boleh lari kejar-kejar sebebasnya atau pun mengenakan ayah dan ibu dengan mainan baru. Memang itu pun tujuan Hafiz selalunya.

Memang tidak dinafikan ibu bapa suka bawa anak-anak ke zoo. Kanak-kanak pun memang suka dengan binatang. Melihat binatang-binatang liar di kaca tv atau pun gambar tentulah tidaklah sama kesannya dengan melihatnya sendiri di zoo.Kali terakhir saya ke zoo kira-kira 10 tahun yang lepas. Itu pun atas desakan Haziq yang berusia 6 tahun waktu itu yang ingin sangat tengok zirafah. Selepas itu, saya tidak pernah tertarik pun untuk ke zoo lagi.

Khabarnya, ada enam buah zoo yang telah ditutup kerana dikatakan gagal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Antaranya gagal memberi makanan yang sepatutnya kepada binatang yang dikurung itu. Kadang-kadang saya bertanya juga, wajarkah binatang ini dikurung untuk dipertontonkan kepada manusia? Tidak kejamkah kita menyekat kebebasannya untuk bergerak seperti kita juga?

Saya melihat sudah sampai masanya kita untuk memikirkan kewajaran mengurung haiwan dalam zoo.Walaupun pengurusannya baik sekalipun, amatlah menyedihkan untuk melihat bintang ini dikurung begitu.Haiwan adalah ciptaan Tuhan yang juga punya perasaan, emosi, tahu juga marah, ingin disayangi dan dahagakan belaian seperti kita juga. Betapa baik pun makanan yang kita berikan kepada mereka setiap hari, kalaulah mereka diberikan pilihan, saya percaya mereka akan memilih untuk bergerak bebas dalam hutan, habitat semula jadi mereka.


Pastinya ada hikmah kenapa Allah memerintahkan Nabi Noh membawa haiwan ini bersama dalam bahtera dulu. Tidak lain kerana haiwan-haiwan ini adalah sumber inspirasi, juga makanan, malah teman dan barangkali juga teladan yang boleh diikuti. Lantas adalah sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan kalau haiwan ini kita kurung pula dalam zoo dan sangkar-sangkar besi!

Mari kita lakukannya dan kita tunjukkan kepada dunia bahawa kita negara tanpa zoo. Beritahu dunia bahawa kita faham perasaan haiwan yang dikurung begitu. Kita tempatkan haiwan ini di Taman Negara supaya mereka boleh bergerak bebas dan sebebas-bebasnya!

Pena Tumpul - Bela ayam kampung sahaja dan lepas bebas

Comments

Popular posts from this blog

Cukur jambul

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi) Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin. Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan ...

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...