M alam ini saya dan Haziq singgah di sebuah kedai menjual majalah dan akhbar di tepi jalan. Haziq mahu membeli majalah sukan kesukaaannya yang terbit dua minggu sekali. Saya dapat mengesan penjualnya melayan saya dengan Haziq dengan buruk. Mukanya pun nampak tidak menyamankan. Endah tak endah sahaja. Pun begitu saya tidak terkesan pun dengan layanan penjual itu. Saya tetap gembira. Sebaliknya saya melihat Haziq yang berubah caranya. Dia menunjukkan reaksi yang tidak senang kepada penjual itu.Dia nampak marah dengan layanan penjual berbangsa India itu. Sebaik-baik sahaja beredar meninggalkan kedai, Haziq bersuara, "Kenapa ayah senyum aja dengan orang yang jual majalah tadi. Kan dia layan kita macam hendak tak hendak aja" Saya beritahu Haziq, "Kenapa kita harus mengizinkan dia menentukan cara kita dalam bertindak? Kita yang berhak tentang bagaimana kita perlu bertindak, bukannya orang lain. “Tapi dia layan kita teruk, ” bantah Haziq. Saya tahu dia amat tidak