Skip to main content

Sunnah

Sekurang-kurangnya ada tiga perkara yang dapat saya pelajari bila mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Sulaiman Maidin,Kadi Daerah Segamat pagi ini. Beliau bercakap tentang sunnah Nabi, sahabat Nabi yang paling awal menerima Islam iaitu Bilal bin Rabah dan juga tentang tiga golongan manusia yang Nabi tidak mahu berjumpa di akhirat nanti.

Katanya ada sunnah yang sangat perlu diamalkan dan ada juga yang tidak. Sunnah yang melibatkan peribadi Nabi seperti cara Nabi berpakaian, makan dan sebagainya tidaklah dituntut sangat kita melakukannya. Puan begitu kalau berupaya melakukannya, ia memanglah bagus.Katanya lagi, orang yang mampu berjubah tidaklah wajar memperlekehkan mereka yang tidak berjubah seperti Nabi. Dalam masa yang sama, mereka yang tidak mampu berjubah tidak perlulah mempersenda mereka yang berjubah. Kalau tidak mampu buat, elok diam sahaja.

Beliau turut menyelar mereka yang mengatakan orang yang pakai talileher sebagai Yahudi malah menyifatkan mereka yang berfikiran cetek begini sebagai "bodoh"dan tidak habis belajar.

Cerita beliau tentang Bilal bin Rabah juga amat menyentuh hati. Ada cerita tentang Bilal yang tidak pernah kita dengar. Bahawa Bilal begitu bersedih dengan kewafatan Nabi lantas membawa diri ke Sham(Syria) dan tidak mahu azan lagi.Bilal khabarnya cuma azan untuk Rasulullah sahaja. Setelah tiga tahun di Syria Bilal bermimpi bertemu Rasulullah yang memintanya supaya azan untuk baginda. Saya mendengar Ustaz Sulaiman sedikit sebak bila bercerita tentang  mimpi Bilal bertemu Nabi. Saya terheret sama dibadai sayu. 

Pesan Ustaz sebelum menamatkan ceramahnya selama sejam sangat-sangat berguna dan wajar diambil perhatian. Menurutnya, di padang Mahsyar nanti, Rasulullah tidak akan benarkan tiga golongan manusia dari bertemunya dan tidak ingin melihat wajah mereka. Bagi mereka yang derhaka kepada kedua ibubapanya, beringat-ingatlah, begitu juga yang tidak mengamalkan sunnah Baginda, dan golongan yang ketiga mereka yang tidak mengucapkan selawat kepada Baginda ketika nama Baginda disebut. Harap-harap kita tidak temasuk dalam mana-mana golongan yang dinyatakan tadi.

"Beruntunglah mereka yang melihatku dan beriman kepadaku dan lebih beruntung lagi bagi mereka yang beriman kepadaku sedangkan mereka tidak pernah melihatku.

Pena Tumpul - Tidak perlu jemput penceramah bertaraf selebriti pun, Ustaz Sulaiman pun hebat

Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...