Salah satu kemahiran yang diberikan penekanan dalam Bahasa Inggeris peringkat universiti malah di sekolah pun ialah kemahiran untuk mengeluarkan pendapat dan berhujah atas sesuatu tajuk. MUET diperkenalkan sejak beberapa tahun dulu juga turut mengambil kira komponen ini sebagai kemahiran yang penting untuk dikuasai oleh para pelajar. Namun apa yang mendukacitakan setelah lebih kurang 11 tahun didedahkan dengan kemahiran ini para pelajar di universiti sebahagian besarnya dilihat masih gagal untuk menyampaikan hujah dengan berkesan dan betul tatabahasanya. Ada pelajar yang langsung tidak berupaya untuk memahami kehendak soalan yang dilemparkan kepadanya. Malah bertungkuslumus untuk memahami makna perkataan Bahasa Inggeris yang sebenarnya mudah sahaja. Di mana silapnya, pelajar, guru, sistem pendidikan...carilah sendiri..

Comments