Saya belajar sesuatu yang amat penting dalam hidup hari ini. Kalau kita kelihatan "lembut" dan tidak tegas, banyak memberi dari menerima, boleh bertolak ansur dan tak banyak cakap, orang akan mudah ambil kesempatan atas diri kita. Kita akan diperlekehkan, ditindas dan dilayan macam tak berguna satu sen pun. Semua orang berhak untuk marah. Saya pun manusia biasa- sesekali hendak marah juga. Namun atas rasa mewujudkan suasana harmoni- saya pendamkan sahaja. Namun ini tidak dimiliki oleh sesetengah orang- yang melampiaskan rasa marahnya pada orang lain tanpa mengambil kira perasaan orang lain, walaupun sebenarnya dia sebenarnya yang bersalah. Entahlah. Kerana terlalu menjaga hati orang lain, adakalanya diri sendiri yang makan hati. Betullah kata orang: "Yang lurus kurus, yang jujur terbujur"

Comments