Orang Melayu terus diselubungi dilema.Melayu terkenal dengan sifat tolak ansurnya, juga lebih mudah "menyusahkan diri" asalkan orang lain senang. Begitu juga amat pantang untuk bersikap kurang ajar walaupun dalam hati sebenarnya tidak selesa. Cakap mesti berlapik. Yang salah tetap dilihat benar atas alasan tidak mahu menyakitkan hati orang lain. Padahnya, orang Melayu nampak macam banyak berpura-pura. Di depan lain, di belakang lain. Di depan suka, dibelakang sebaliknya. Lihat, apa yang berlaku, UMNO parti tunjang orang Melayu tersungkur kerana sifat-sifat orang Melayu sendiri. Bangkitlah..berterusteranglah. Hadapi kenyataan. Janganlah nak jaga sangat hati orang lain.Sebab itulah saya tak nampak mengapa Pemilihan UMNO perlu ditangguhkan. Cukup-cukuplah nak menjaga hati orang. Belajarlah menghadapi cabaran secara jantan. Jadikan PRU12 sebagai sempadan. Inilah dilema Melayu yang perlu dikuburkan.

Comments