Skip to main content

Bajet

Bajet dibentang hari ini. Semunya menunggu penuh berharap kalau-kalau ada habuan untuk mereka. Seperti biasa, setiap kali bajet dibentang, yang membentang seboleh-bolehnya akan sedaya upaya memuaskan hati semua pihak. Pun begitu, adalah amat mustahil untuk memuaskan hati semua orang. Bila ini berlaku, yang mendapat habuan akan senyum memanjang manakala yang tidak, akan mengomel dan buat bising serta kecoh.


Lumrahnya, bila kita tidak berjaya mendapatkan apa yang kita hajati, jarang sangat kita hendak meletakkan kegagalan itu berpunca dari diri kita sendiri atau pun lebih baik lagi menerimanya dengan lapang dada.  Selalunya yang berlaku, kita akan mula menuding jari kepada orang lain dan membogelkan segala kepincangannya bagi menutup kelemahan diri sendiri. Ibarat orang yang sedang mabuk cinta, kentut yang busuk bak telur tembelang pun dihidu harum bak kasturi. Bila baik semuanya berbau bunga, bila sudah berpatah arang berkerat rotan, berbau tahi yang bukan kepalang busuknya.

Cerita musang ini elok sangat dijadikan iktibar. Pada suatu hari berjalan-jalan lah sang musang mencari makanan di tepi hutan.Puaslah ia berjalan keserata pelusuk tempat namun tidak jua ditemui walau pun secebis makanan. Tiba-tiba dengan rahmat dan kasih sayang Allah ternampaklah oleh musang tersebut akan sepohon anggur yang lebat lagi ranum buahnya..Akan tetapi gugusan anggur itu agak tinggi dari jangkauannya.Beberapa kali di usahakannya untuk mencapai buah tersebut tiada lah berjaya.Pelbagai teknik lompatan di lakukannya, namun gagal juga.Akhirnya sang musang pun keletihan.Dia akhirnya berlalu dan berkata di dalam hatinya` "Ahhh...masam anggur ni"

Kalaulah anggur itu dapat dijangkaunya, tentunya anggur itu tidak masam tetapi manis. Kita begitukah?


Pena Tumpul - Sikit banyak terima saja, syukur

Comments

Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...