Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2010

Sulam

S eorang ustazah berkongsi dengan para pendengar cerita yang cukup menarik menerusi corong radio pagi ini. Ia tentang sulaman. Hakikat sebuah sulaman memberi pengajaran kepada kita bahawa apa yang di atas tidak sama seperti yang dibawah. Sulaman nampak cantik dan indah di atasnya tetapi di bawah yang dilihat adalah benang-benang sulam yang semak dan serabut. {Pada suatu hari seorang anak sedang bermain di lantai. Ia memandang ke atas, dan nampak ibunya yang sedang menyulam sehelai kain. Kemudian anak tersebut bertanya kepada ibunya, Ibu apa yang sedang ibu lakukan?" Ibu pantas menjawab" Anakku aku sedang menyulam sebuah kain yang indah". " Tapi ibu kenapa yang nampak adalah benang-benang yang berpintal-pintal, mana indahnya pun !"balas anak itu. Ibu dengan bijak menjawab, "Teruskan permainanmu anakku, nanti kalau sudah selesai ibu akan memperlihatkannya padamu, dan kamu boleh melihatnya sendiri nanti". Anak tersebut hairan, mengapa ibu menggunakan ...

Kemuliaan

M asjid baru Gudang Garam dirasmikan dengan solat Jumaat hari ini. Lebih selesa berbanding masjid lama dahulu dan mampu memuatkan lebih kurang 300 jemaah. Khutbah menyentuh persoalan dalam mencari kemuliaan. Tidak dinafikan semua orang memburu kemuliaan. Semua orang ingin dipandang mulia. Cuma persoalannya apakah nilai kemuliaan itu. Memiliki pangkat yang tinggi sering dikaitkan dengan kemuliaan. Mereka yang berpangkat selalunya dipandang tinggi dan mulia di mata orang ramai. Pelbagai cara dilakukan untuk mendapatkan pangkat yang diidamkan, tidak kira cara yang betul atau sebaliknya. Ada yang berusaha gigih dari bawah memajukan diri dan akhirnya berjaya memperolehi pangkat yang diimpikan. Tidak kurang yang main kotor menggunakan jalan pintas dengan mengorbankan orang lain asalkan cita-citanya tercapai. Berpangkat tinggi dilihat mulia sekiranya pangkat yang dimiliki tidak sampai disalahgunakan untuk menindas orang yang di bawah. Pangkat bukan tiket untuk kita mengharuskan segala tindaka...

350juta

T idak keterlaluan kalau dikatakan Facebook adalah satu fenomena sekarang. Kenyataan ini dilihat betul berdasarkan statistik berikut: Ada 175 juta pengguna setiap 24 jam sekali. Facebook juga memiliki jumlah anggota hingga 350 juta di dunia. Lebih dari 35 juta pengguna Facebook mengemaskinikan statusnya setiap hari. Gambar yang dimasukkan di Facebook telah meningkat 100%, saat ini sekitar 2.5 juta gambar telah dimasukkan ke laman Facebook setiap bulan.. Statistik juga menunjukkan peratusan pengguna wanita dari negara ini melebihi jumlah pengguna lelaki iaitu sebanyak 1,723,360 berbanding 1,678,140 pendaftar lelaki. Pengguna Facebook seluruh dunia sehingga Februari 2010 ialah seramai 316,402,840. Sejarah Facebook dikatakan bermula sebagai satu jaringan sosial yang di perkenalkan pada 4 Februari 2004 oleh Mark Zuckerberg, seorang lulusan Harvard dan bekas pelajar Ardsley High School. Ada yang berkata Mark Zuckerberg seorang pemuda Yahudi yang dilaporkan menyumbang dana...

Martabat

K habarnya sejumlah 197,800 lepasan SPM dan STPM telah mengajukan permohonan untuk belajar di universiti awam setakat ini. Angka ini dijangka meningkat menjelang tarikh tutup permohonan. Ternyata keinginan untuk masuk universiti terus melonjak disebalik kemelut pengangguran di kalangan lepasan universiti yang meningkat. Berupaya mendapat tempat dan seterusnya memiliki segulung ijazah pastinya lebih penting untuk difikirkan daripada menyerabutkan kepala berfikir tentang pekerjaan yang perlu diburu selepas tamat belajar. Itu soal nombor dua yang boleh difikirkan kemudian. Memilih universiti yang betul dan juga bidang yang sesuai dengan kelayakan dan kemampuan amat penting. Silap percaturan menipiskan harapan untuk mendapat tempat di universiti. Memilih bidang berasas minat semata-mata tidak menjamin apa-apa malah menyusahkan diri sendiri nanti. Ada juga yang sangat berkira-kira tentang universiti mana yang wajar dijadikan pilihan paling utama, kedua dan seterusnya. Universiti dikelask...

Pijar

S ejak tiga bulan yang lalu, bil eletrik kediaman saya ditampung oleh Kerajaan Malaysia. Bil eletrik dalam tempoh tersebut tidak pernah melangkaui RM20.Bil paling terbaru mencatatkan RM17.50 sahaja! Saya hairan. Mungkin ada sesuatu yang tidak kena barangkali. Isteri mengesyaki kerosakan meter. Saya tidak bersetuju. Saya percaya bil yang diluar jangka itu ada kaitannya dengan cara penggunaan tenaga itu sebenarnya. Saya sentiasa menekankan penggunaan tenaga ini secara berhemat. Tidak perlu membazir tanpa tujuan. Saya kira tindakan untuk tidak langsung menggunakan lampu pijar banyak menyumbang kepada penjimatan tenaga ini. Lampu pijar sudah lama tidak menjadi pilihan utama saya sejak beralih kepada lampu yang dikatakan jimat tenaga secara keseluruhannya. Malah penggunaan lampu kalimantang pun di tahap paling minimal. Saya kira kerajaan bertindak amat tepat menghentikan penggunaan lampu pijar mulai tahun depan. Lampu pijar bukan sahaja menjadikan suasana sekitar terasa panas dan pijar te...

Nama

M asjid baru Gudang Garam akan mula digunakan secara rasmi pada Jumaat depan. Nama yang sesuai dicadangkan untuk masjid ini. Imam kampung yang juga bapa mentua menyuarakan nama "Assyakirin". Saya kurang bersetuju kerana nama itu sudah digunakan pun oleh salah sebuah masjid di Segamat ini. Saya berkecenderungan menamakan masjid yang dikatakan boleh menampung lebih kurang 350 orang jemaah ini sebagai "AlFateh". Pastinya saya ada sebab sendiri mengapa nama ini dipilih. Nama ini asing sangat bunyinya pada mereka yang tidak mengetahuinya. Imam meminta penjelasan saya. Saya ungkapkan hadis berikut kepadanya. " Nabi s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq bersabda: “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera ……” (Hadis riwayat Imam Ahmad) Siapakah AlFateh itu? Beliau adalah Sultan Muhammad Al Fateh dan dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – ...

Salary

O ne day an employee sends a letter to his boss to increase his salary!!! Dear Bo $$ In thi $ life, we all need $ ome thing mo $ t de $ perately. I think you $ hould be under $ tanding of the need $ of u $ worker $ who have given $ o much $ upport including $ weat and $ ervice to your company. I am $ ure you will gue $$ what I mean and re $ pond $ oon Your$ $incerely, Norman The next day, the employee received this letter of reply: Dear NO rman, I k NO w you have been working very hard .NO wadays, NO thing much has changed. You must have NO ticed that our company is NO ticeably well as yet. NO w the newspaper are saying the world`s leading eco NO mists are NO t sure if the United States may go into a NO ther recession. After the NO vember presidential elections things may turn bad. I have NO thing more to add .NO w, You k NO w what I mean. Yours truly, Manager

Otak

" C ikgu tidak ada otak! " itu kata seorang budak darjah enam kepada Guru Bahasa Inggerisnya. Kenyataan berani itu terpacul dari mulut budak ini kerana baculnya mulut guru ini yang mempersoalkan kewujudan Tuhan. Saya mendengar seorang Ustaz menyampaikan cerita yang menarik ini melalui radio awal pagi in. Guru tersebut bertindak nakal dengan mempertikaikan kewujudan Tuhan yang diyakini oleh pelajar-pelajar beragama Islam dalam kelas yang diajarnya hanya kerana Tuhan yang disembah tidak nampak dimata pun. Guru tersebut mengeluarkan sebatang pen dan bertanya kepada pelajarnya, "Kamu percaya pen ini ada?" Serentak mereka mengatakan "ya". Kemudian dia memasukkan pen tersebut ke dalam koceknya dan bertanya lagi, " Sekarang kamu tidak nampak pen ini lagi, adakah kamu percaya pen ini ada? " Para pelajar tersebut terdiam sejenak memikirkan jawapan guru tersebut. Dalam kekialan mencari jawapan, guru tersebut terus melemparkan soalan yang membangkitkan r...

Tanda

S elalu orang berkata, "Seeing is believing" Tengok dulu baru boleh percaya. Selagi tidak tertonggok di depan mata tidak semudah itu untuk dipercaya. Tidak semestinya kita perlu nampak segalanya depan mata baru kita menerima kewujudannya. Ada ketikanya keyakinan dapat dicapai hanya dengan melihat tanda-tandanya. Begitulah Allah, kita tidak perlu melihatnya dengan mata untuk mengakui keagunganNya. Cukup dengan melihat ciptaanNya. Saya menemui cerita yang cukup menarik ini dari majalah Solusi dan rasanya wajar dijadikan iktibar. Ia tentang kisah seorang penggembala tua sedang mencari-cari kerbaunya yang hilang. Puas dicari, namun gagal menemuinya. Akhirnya dia bertembung dengan seorang budak yang sedang memancing. Penggembala itu pun bertanya: "Ada kau nampak kerbau pakcik yang hilang?" "Oh, kerbau pakcik yang buta matanya di sebelah kiri itu ya? " tanya budak itu. "Ya, ya..jawab pakcik itu dengan cepat. "Rasanya kerbau pakcik itu dah tua," ...

Evolusi

S aya berjumpa kawan-kawan yang sudah lama tidak ditemui di majlis perkahwinan anak KakLong di Johor Baharu. Sudin sudah tidak ditemui sejak 20 tahun yang lalu. Nan pula sudah 10 tahun tidak bersua muka. Banyak yang berubah. Nan menegur uban yang sudah mula tumbuh di kepala saya. Dia apa kurangnya. Misai tebalnya dicelahi dengan beberapa helai uban yang nyata di pandangan. Sudin turut mengusik saya tentang rambut yang kian luruh di kepala. Ternyata masa merubah rupa dan gaya. Dulu kami sama-sama membesar di kampung. Bermain bersama bola plastik berharga 50 sen di laman rumah dengan bergolkan pokok kelapa. Kami tidak kenal 'playstation", "computer games" . Kereta "control " pun tidak pernah terlintas difikiran kami. Yang saya ingat kami cukup seronok bermain permainan yang kami buat sendiri. Saya masih ingat kami keliling satu kampung menolak rim basikal dengan kayu dan cuma pakai seluar pendek dan singlet. Habis berdebu pakaian kami terkena rim yang kami se...

Bendul

S egalanya kerana bendul. Gara-gara bendul seorang kawan lama masih lagi hidup menyendiri bila ditemui semula setelah 20 tahun. Saya menjumpainya tanpa dijangka dimajlis perkahwinan hujung minggu lalu. Di usia yang sudah melepasi angka 40, beliau sepatutnya sudah lama berumahtangga. Setidak-tidaknya memiliki dua orang anak. Dengan kedudukan beliau sekarang- kerja yang bagus, selain perawakan yang tidak kurang menarik, zaman bujang seharusnya sudah lama beliau tinggalkan. Dia tersepit di tengah-tengah keluarga yang kuat ikatannya pada adat. Bak kata orang, "Biar mata anak, jangan mati adat". Katanya, keinginannya untuk berstatus isteri tertangguh sejak kakaknya yang sulung sampai kini masih lagi belum berkahwin. Adat jangan langkah bendul menyatakan bahawa adik tidak boleh memintas akak dalam soal berkahwin. Adik perlu beralah dan hanya boleh berkahwin selepas akak berkahwin terlebih dahulu. Kalau adik rasa perlu untuk berkahwin juga, maka akan berlakulah melangkah bendul. S...