Skip to main content

Pijar

Sejak tiga bulan yang lalu, bil eletrik kediaman saya ditampung oleh Kerajaan Malaysia. Bil eletrik dalam tempoh tersebut tidak pernah melangkaui RM20.Bil paling terbaru mencatatkan RM17.50 sahaja! Saya hairan. Mungkin ada sesuatu yang tidak kena barangkali. Isteri mengesyaki kerosakan meter. Saya tidak bersetuju. Saya percaya bil yang diluar jangka itu ada kaitannya dengan cara penggunaan tenaga itu sebenarnya. Saya sentiasa menekankan penggunaan tenaga ini secara berhemat. Tidak perlu membazir tanpa tujuan.

Saya kira tindakan untuk tidak langsung menggunakan lampu pijar banyak menyumbang kepada penjimatan tenaga ini. Lampu pijar sudah lama tidak menjadi pilihan utama saya sejak beralih kepada lampu yang dikatakan jimat tenaga secara keseluruhannya. Malah penggunaan lampu kalimantang pun di tahap paling minimal. Saya kira kerajaan bertindak amat tepat menghentikan penggunaan lampu pijar mulai tahun depan. Lampu pijar bukan sahaja menjadikan suasana sekitar terasa panas dan pijar tetapi menggunakan tenaga yang berlebihan berbanding lampu jenis lain. Malah cahaya yang dihasilkan menyakit dan membengilkan mata. 100wat lampu pijar bersamaan dengan cuma lebih kurang 75 wat sahaja lampu jimat tenaga. Tidak dinafikan lampu yang jimat tenaga ini sedikit mahal tetapi ia berbaloi. Kata orang, alah membeli menang memakai.

Pena Tumpul - Cuma ada lampu pijar yang malap dalam tandas sahaja, cukuplah

Comments

Popular posts from this blog

Cukur jambul

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi) Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin. Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan ...

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...