Skip to main content

Tanda

Selalu orang berkata, "Seeing is believing" Tengok dulu baru boleh percaya. Selagi tidak tertonggok di depan mata tidak semudah itu untuk dipercaya. Tidak semestinya kita perlu nampak segalanya depan mata baru kita menerima kewujudannya. Ada ketikanya keyakinan dapat dicapai hanya dengan melihat tanda-tandanya. Begitulah Allah, kita tidak perlu melihatnya dengan mata untuk mengakui keagunganNya. Cukup dengan melihat ciptaanNya.

Saya menemui cerita yang cukup menarik ini dari majalah Solusi dan rasanya wajar dijadikan iktibar. Ia tentang kisah seorang penggembala tua sedang mencari-cari kerbaunya yang hilang. Puas dicari, namun gagal menemuinya. Akhirnya dia bertembung dengan seorang budak yang sedang memancing. Penggembala itu pun bertanya: "Ada kau nampak kerbau pakcik yang hilang?" "Oh, kerbau pakcik yang buta matanya di sebelah kiri itu ya?" tanya budak itu. "Ya, ya..jawab pakcik itu dengan cepat. "Rasanya kerbau pakcik itu dah tua," tambah budak itu lagi. "Betul, betul, kerbau pakcik memang sudah tua. Kau ada jumpa dia?"tanya pakcik itu. "Kerbau pakcik itu tempang kaki kanannya yang di sebelah hadapan bukan?"tanya budak itu lagi.
Pakcik itu mengiakannya: "Betul, betul. Tunjukkan kerbau pakcik itu di mana?" rayu pakcik itu. Budak itu berkata lagi, "Maaf pakcik, saya tak jumpa kerbau pakcik..." Pakcik itu sudah mula naik berang, "Kau jangan main-main. Memang itulah kerbau pakcik. Kerbau pakcik memang dah tua, tempang kakinya, dan buta mata kanannya. Jangan bergurau, pakcik nak cepat ni....."

"Betul saya tak nampak pakcik", balas budak itu lagi. "Kalau kau tak jumpa, bagaimana kau tahu sifat kerbau pakcik?" Budak itu tersenyum, "Macam ni...kata budak itu lalu membawa penggembala itu ke tepi belukar. "Tengok rumput-rumput ini. Ia telah diragut oleh kerbau pakcik. Ini kesan ragutannya..." Budak itu menunjukkan kesan ragutan pada rumput-rumput hijau tersebut.

"Ya, Memang ini kesan ragutan kerbau. Tapi macam mana kau pasti ini kesan ragutan kerbau pakcik? Bukan kerbau lain?" tanya pakcik itu hairan. "Cuba pakcik lihat baik-baik.Semua rumput yang diragutnya adalah yang di sebelah kiri itu. Itu menunjukkan kerbau itu buta mata kanannya. Kesan ragutannya pula tidak sekata. Menunjukkan giginya sudah jarang atau ada yang patah....ertinya kerbau ini sudah tua. Tengok kesan tapak kakinya. Kesan tapak kaki kanannya berbeza dengan dengan tapak-tapak kakinya yang lain. Ia kelihatan seperti diseret, ada ketikanya tidak ada langsung. Itu menunjukkan kerbau ini tempang....."

Pakcik terus mencari kerbaunya.

Pena Tumpul - Banyaknya tanda-tanda kebesaran Allah disekeliling kita kalau kita berfikir

Comments

Popular posts from this blog

Rencah

P erjalanan berkereta dari Segamat ke Serting pagi ini pastinya membosankan kalau tidak disulami dengan bual bicara dan gurau ketawa. Tok Ya yang turut serta bersama isterinya selain isteri dan Haziq memecah kesunyian apabila setelah lima minit berlalu saya masih lagi senyap justeru tidak ada apa yang hendak dibualkan. Tok Ya menyuarakan rasa kesal dan terkilan di atas pemergian Pak Itam sebulan yang lalu. " Dia mungkin boleh diselamatkan kalau mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta ". Walau pun kematian Pak Itam sudah ditentukan Ilahi namun layanan dan rawatan yang diberikan oleh hospital kerajaan amat dikesalkan. Pak Itam dibiarkan berminggu-minggu terlantar di katil sebelum pembedahan dilakukan. Yang lebih mengecewakan lagi apabila kecuaian yang dilakukan semasa pembedahan sehingga berlakunya infeksi pada paru-paru. Ini fenomena biasa di hospital kerajaan. Tok Ya sempat menceritakan pengalamannya dirawat di dua hospital yang berbeza ini. Walaupun ribuan ringgit terp...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...