Skip to main content

Otak

"Cikgu tidak ada otak!" itu kata seorang budak darjah enam kepada Guru Bahasa Inggerisnya. Kenyataan berani itu terpacul dari mulut budak ini kerana baculnya mulut guru ini yang mempersoalkan kewujudan Tuhan. Saya mendengar seorang Ustaz menyampaikan cerita yang menarik ini melalui radio awal pagi in.

Guru tersebut bertindak nakal dengan mempertikaikan kewujudan Tuhan yang diyakini oleh pelajar-pelajar beragama Islam dalam kelas yang diajarnya hanya kerana Tuhan yang disembah tidak nampak dimata pun. Guru tersebut mengeluarkan sebatang pen dan bertanya kepada pelajarnya, "Kamu percaya pen ini ada?" Serentak mereka mengatakan "ya". Kemudian dia memasukkan pen tersebut ke dalam koceknya dan bertanya lagi, "Sekarang kamu tidak nampak pen ini lagi, adakah kamu percaya pen ini ada?" Para pelajar tersebut terdiam sejenak memikirkan jawapan guru tersebut. Dalam kekialan mencari jawapan, guru tersebut terus melemparkan soalan yang membangkitkan rasa kurang senang pelajar-pelajar berkenaan.

"Mana Tuhan kamu ...sebab kamu tak nampak apa yang kamu sembah!....Namun ada seorang pelajar bangun dan naik atas kerusi...kemudian bertanya pada kawan-kawannya, "Adakah kamu nampak otak Mr.. ? Serentak pelajar-pelajar tadi berkata TAK..

"Jadi Cikgu tak ada OTAK!....mereka semua ketawa. Cikgu tadi amat malu dan keluar meninggalkan kelas.

Tidak semua benda yang tidak nampak di depan mata ia tidak wujud, seperti arus letrik yang kita tidak nampak pun namun ia memang ada.

Pena Tumpul - Tiba-tiba bau bangar menyucuk hidung, tidak nampak pun tapi ia memang ada

Comments

Popular posts from this blog

Cukur jambul

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi) Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin. Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan ...

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...