Skip to main content

Martabat

Khabarnya sejumlah 197,800 lepasan SPM dan STPM telah mengajukan permohonan untuk belajar di universiti awam setakat ini. Angka ini dijangka meningkat menjelang tarikh tutup permohonan. Ternyata keinginan untuk masuk universiti terus melonjak disebalik kemelut pengangguran di kalangan lepasan universiti yang meningkat. Berupaya mendapat tempat dan seterusnya memiliki segulung ijazah pastinya lebih penting untuk difikirkan daripada menyerabutkan kepala berfikir tentang pekerjaan yang perlu diburu selepas tamat belajar. Itu soal nombor dua yang boleh difikirkan kemudian.

Memilih universiti yang betul dan juga bidang yang sesuai dengan kelayakan dan kemampuan amat penting. Silap percaturan menipiskan harapan untuk mendapat tempat di universiti. Memilih bidang berasas minat semata-mata tidak menjamin apa-apa malah menyusahkan diri sendiri nanti. Ada juga yang sangat berkira-kira tentang universiti mana yang wajar dijadikan pilihan paling utama, kedua dan seterusnya. Universiti dikelaskan pula mengikut martabat dan darjat. Lalu ada universiti yang dilihat sebagai universiti kelas dua dan tempat dilonggokkan pelajar-pelajar yang bxxxxk.

Saya ke Pejabat Pos dan tidak mampu untuk tidak berasa amat sakit hati dan begitu tersentuh bila ada seorang ini saya terdengar mengeluarkan kenyataan cukup liar dan paling tidak berasas terhadap salah sebuah IPTA yang amat rapat dihati orang Melayu. Saya tahu dia sedang memikirkan untuk memilih universiti yang terbaik untuk anaknya.

Saya amat kesal ia terpacul secara sengaja dari mulut orang Melayu sendiri.Melihat universiti ini sebagai tempat lambakan pelajar yang bxxxxk benar-benar menikam hati yang mendengarnya.
Sesuatu yang perlu semua orang tahu ialah universiti ini berada dalam kelasnya sendiri dan tidak boleh dibandingkan dengan mana-mana universiti pun. Universiti ini didirikan atas tekad dan niat untuk membantu orang Melayu dan melahirkan teknokrat Melayu.

Alangkah baik dan eloknya kalau kita tidak menjadi bangsa yang mudah lupa daratan dan memandang rendah kemampuan bangsa sendiri. Ia mungkin kenyataan amat terpencil sifatnya namun ia cukup meremukkan hati yang mendengar.

Pena Tumpul - Tak kenal maka tak cinta

Comments

Popular posts from this blog

Cukur jambul

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi) Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin. Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan ...

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...