Skip to main content

24Kasih

Tanggal 24.5.91 adalah tarikh paling bersejarah dalam hidup saya.Status bujang yang saya harungi selama 30 tahun secara rasmi dan sahnya dilupuskan pada hari Jumaat jam 9.45 malam di rumah No13 Kg Gudang Garam dengan renggutan tangan Imam Samad (Allahyarham) bersaksikan Pak Alang Yunos (Allahyarham), Hj Mohd Ali Bujang (Allahyarham), Hussin Tawil (Allhyarham) dan Hj Abd Aziz (Allahyarham).

Begitu juga status seorang dara milik gadis 24 tahun bernama Noorwati Muda larut sama dalam jalinan pernikahan kasih sayang bertaut erat restu keluarga tercinta. Perkenalan saya dengan isteri tercetus dari sebuah potret kelas milik adik yang kebetulan sahabat baiknya. Hati berkenan lalu bermulalah satu perjalanan dan peranan. Empat tahun hubungan terjalin bukan tanpa liku dan cabaran di depan.

Namun keserasian dan takdir serta jodoh menemukan dan menyatukan kami di majlis penuh bermakna 24 tahun yang silam. Tangan direnggut, cabaran disahut, tanggungjawab menuntut, bersama saat cincing disarung dengan dugaan diharung. Pahit manis, kelat masin dalam hidup berumahtangga adalah lumrah dan sentiasa menerjah lompang-lompang kealpaan yang kalau tidak bijak menyanggah bakal menjerumus kelembah padah. Yang ringan sama dijinjing, yang berat sama dipikul menjadi resepi paling utuh dalam menerajui teratakasih yang penuh pancaroba.

Hati kuman sama dicicah, hati gajah pula sama dilapah. Sikap enau dalam belukar kami buang jauh-jauh.


Pena Tumpul - Dugaan yang datang bukan kepalang

Comments

Popular posts from this blog

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Rencah

P erjalanan berkereta dari Segamat ke Serting pagi ini pastinya membosankan kalau tidak disulami dengan bual bicara dan gurau ketawa. Tok Ya yang turut serta bersama isterinya selain isteri dan Haziq memecah kesunyian apabila setelah lima minit berlalu saya masih lagi senyap justeru tidak ada apa yang hendak dibualkan. Tok Ya menyuarakan rasa kesal dan terkilan di atas pemergian Pak Itam sebulan yang lalu. " Dia mungkin boleh diselamatkan kalau mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta ". Walau pun kematian Pak Itam sudah ditentukan Ilahi namun layanan dan rawatan yang diberikan oleh hospital kerajaan amat dikesalkan. Pak Itam dibiarkan berminggu-minggu terlantar di katil sebelum pembedahan dilakukan. Yang lebih mengecewakan lagi apabila kecuaian yang dilakukan semasa pembedahan sehingga berlakunya infeksi pada paru-paru. Ini fenomena biasa di hospital kerajaan. Tok Ya sempat menceritakan pengalamannya dirawat di dua hospital yang berbeza ini. Walaupun ribuan ringgit terp...