Skip to main content

Pahala

Pagi ini saya berjumpa dengan seorang kenalan masa sekolah dulu lantas saya pelawa dia bersarapan sekali di sebuah warung yang sangat terkenal dengan nasi lemaknya yang sedap di Segamat ini. Dalam seronok-seronok berbual mengimbau masa sekolah dulu,tiba-tiba nada percakapannya berubah. Dia marah-marah kerana sangat sakit hati apabila mengetahui orang yang pernah ditolongnya bercakap di belakang memburukkannya.

Saya menasihatinya agar tenang, sabar dan tidak perlulah untuk marah-marah. Dia kata,"Cakap memanglah mudah sebab tak kena pada 
engkau." Saya membalas, "Istighfar banyak-banyak, duduk tenang, tarik nafas, lapangkan dada dan cuba fikirkan kenyataan ini: Tidak ada apa yang dapat melukakan saya, tiada siapa yang boleh 

menyakitkan hati saya tanpa izin atau kebenaran saya, kerana sakit hati adalah pilihan saya."

Dia terkejut dengan kenyataan saya.  "Mana mungkin. Dialah yang menyebabkan saya marah atau sakit hati." Saya berkata, "Memanglah dia yang melakukan sesuatu yang kita tidak suka, tetapi kita ada pilihan untuk tidak berasa sakit hati."

Saya bercerita kepadanya tentang Imam Malik yang saya dengar daripada seorang ustaz di dalam satu ceramah. Satu sifat Imam Malik,apabila mengetahui ada orang mengatanya di belakang, beliau akan terus pergi ke kedai membeli barang lalu ke rumah orang yang mengatanya. Beliau menhadiahkan barang itu kepada orang yang bertanya itu sambil mengucapkan terima kasih kerana mengumpatnya dan kerana itu Allah mengurniakan pahala kepadanya.

Justeru,tidak perlu risau dan marah sebab orang yang mengumpat kita telah memberi pahala (rezeki percuma) kepada kita. Kalau kita marah, kita akan stres, darah akan naik,penyakit bertambah, dosa bertambah dan kita yang rugi. Jalan terbaik, kita berdoa agar orang yang mengumpat kita itu diberi petunjuk oleh Allah. Ini akan membuat hati kita tenang.

Sebenarnya, bukan apa yang berlaku kepada kita itu yang melukakan hati kita, tetapi cara kita bertindak balas kepada apa yang berlaku itulah yang lebih membuat kita terluka!

Pena Tumpul - Diam sahaja

Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...