Skip to main content

Keinginan

Adakalanya keinginan untuk memiliki sesuatu sangat meluap-luap,walaupun apa yang ingin kita miliki itu bukanlah sangat perlu pun.Malah apa yang kita sangat inginkan itu, sebenarnya sudah kita miliki pun. Saya sendiri pernah  berkeinginan melampau untuk memiliki kereta baru sedangkan kereta sedia ada masih baru dan tiada masalah pun. Selalunya keinginan itu tertunai juga bila sebuah kereta baru berjaya dimiliki juga bagi menggantikan kereta yang tidak sangat lama pun usianya.

Bagi isteri,lain pula keinginannya.Paling ketara menukar langsir baru setiap kali hari raya menyapa sedangkan langsir lama masih layak untuk terus digunakan lagi. Sekarang ini sudah kedengaran suara-suara isteri ingin tukar langsir baru.Anak remaja lain pula keinginannya.Di satu peringkat keinginan melampaui kemampuan. Haziq memiliki keinginan melampau untuk mempunyai sebuah telefon bimbit model baru berharga ribuan ringgit. Dia belum bekerja pun,malah masih belajar. Pun begitu, mahu tidak mahu keinginannya mamanya lunaskan jua dengan syarat dia cemerlang dalam studinya.

Dalam sebuah kitab yang sempat saya baca, diriwayatkan bahawa suatu hari Umar bin al-Khattab berkunjung ke rumah anaknya,Abdullah. Tiba-tiba beliau melihat sepotong daging. Umar bertanya,"Mengapakah ada daging di sini?" Abdullah menjawab,"Aku teringin hendak makan daging,jadi aku membelinya"

Umar berkata,"Apakah setiap kali ingin sesuatu,engkau terus memakannya? Cukuplah pembaziran yang dilakukan oleh seseorang, setiap kali ia menginginkan sesuatu, lalu ia memakannya."

Dari kisah ini, Umar mengajar kita untuk tidak menjadikan keinginan sebagai asas pembelian atau pemilikan sesuatu tetapi mestilah berlandaskan keperluan. Justeru keinginan pada hakikatnya adalah nafsu serakah yang tidak mengenal batasan. Setiap kali diberi, ia akan meminta yang lain. Berbeza dengan keperluan yang menjadikan akal sebagai pembuat keputusan.

Kalau di pusat membeli belah selalulah bertanya kepada diri sendiri,"Apakah saya menginginkan atau memerlukan barang ini?"

Pena Tumpul - Ingin miliki kereta Lamborghini, tetapi perlukah?

Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...