Skip to main content

Terhantuk

Saya menegur Hafiz yang berlilit kepalanya dengan kain pembalut. "Kenapa dengan kepala kamu Hafiz?" Hafiz jawab berjahit sedikit sambil tersengeh-sengeh malu. "Macam ada cerita sahaja" saya cuba memancing. "Semalam, semasa berjalan saya ternampak seorang pelajar perempuan di kejauhan. Bertudung labuh, sopan cara jalannya. Jadi,dua tiga kali saya ulang melihatnya. Sedar-sedar, sudah jatuh terduduk.Berdarah.Saya terlanggar ampaian baju.

"Alhamdulillah" saya pantas memberikan respons. Hafiz menyangka saya mentertawakannya. Sebaliknya,saya tumpang gembira kerana Allah sayangkan Hafiz.Saya menarik perhatiannya kepada sebuah hadis yang pernah saya beritaunya dulu, iaitu "Sesiapa yang dikehendaki Allah mendapat kebaikan, Dia akan mengenakannya dengan musibah"

Jadi Hafiz dikenakan musibah sampai terhantuk ampaian supaya dia tidak sampai bertindak lebih jauh lagi. Sebenarnya dalam hidup ini, banyak cara Allah berikan dan datangkan sebagai peringatan kepada kita agar tidak terheret dalam sebarang perbuatan yang tidak baik. Dia peringatan buat kita.

Kebaikan itu datang dalam pelbagai bentuk termasuk musibah!

Pena Tumpul - Teringat kepala terhantuk tiang reban ayam Pak Musa masa kecil dulu bila cuba curi ayam bersama kawan-kawan

Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d...

Mirip

Panas? Gambar hiasan sahaja. B iasa sangat kita dengar orang kata kalau anak perempuan mirip rupa ayah, sejuk. Apa yang sejuk itulah yang sampai kini saya kurang pasti jawapannya. Barangkali rumahtangga yang sejuk. Rumahtangga ayah dan ibu akan sentiasa aman bahagia tanpa sengketa mungkin. Dan, kalau anak lelaki mirip wajah ibunya, dikatakan juga rumahtangga yang dibina akan turut sejuk. Sebaliknya kalau anak perempuan mewarisi wajah ibu dan anak lelaki mirip paras bapanya berkemungkinan rumah tangga akan panas. Akan selalu berlaku sengketa. Sejauh mana benarkah kenyataan yang tiada data-data empirikal ini? Cakap-cakap kosong ini cuma disebarkan dari mulut orang-orang tua dahulu dan ia terus tersebar dari satu generasi ke satu generasi dan tidak sangat perlu untuk dipercayai pun. Saya melihat kesejahteraan sesebuah bahtera rumah tangga banyak bergantung kepada bagaimana ia dikemudi oleh nakhodanya berpandukan kompas iman dan diterima dengan senang hati oleh ahli-ahli bahteranya. Itu...

Cukur jambul

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi) Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin. Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan ...