Skip to main content

Hutang

Saya teringat kata seorang Ustaz yang sempat singgah ke telinga saya berhubung soal hutang. Katanya,lazim berlaku hutang mengakibatkan putus hubungan sesama  manusia. Selalu kita dengar kawan rapat akan bertukar menjadi seteru kerana hutang. Hubungan adik beradik juga boleh menjadi renggang juga kerana hutang.

Justeru,dia memberi nasihat kalau ada sesiapa yang ingin berhutang dengan kita, jangan anggap dia berhutang tetapi kita beri sahaja kepadanya seberapa yang kita mampu dan tidak perlu dibayar pun. Anggaplah ia sebagai pemberian ikhlas kita kepada dia. Nanti,tidak perlulah dia bersusah payah hendak membayarnya semula dan kita pula tidak perlulah menuntut apa-apa darinya.

Saya melihat saranan Ustaz itu memang ada kewajarannya. Daripada bermasam muka kerana hutang yang tidak terlunas lebih baiklah diberi saja.Hati pun tidak sakit dan kawan tidak bertukar lawan. Lainlah, kalau si pemberi hutang sanggup menghalalkan saja hutang yang tidak mampu dibayar oleh peminjam. Namun, ini jarang sangat berlaku dalam masyarakat kita.

Saya pernah membaca kisah Da'laj bin Ahmad seorang alim ahli hadis di Baghdad yang kaya raya. Beliau selalu menjadi tujuan orang yang memerlukan bantuan. Dilaporkan ada seorang lelaki yang berhutang dengannya 5,000 dirham dan tidak mampu membayarnya. Dilaporkan juga oleh kerana takut untuk terserempak dengan Da'laj, lelaki ini telah mengurung diri dalam rumahnya bertahun-tahun sehinggalah satu hari dia berhasrat untuk solat Jumaat. Pun begitu bila dia terpandang Da'laj,dia terus tidak berganjak dari tempat duduknya untuk solat. Dia takut Da'laj menyedari kehadirannya. Berita ini sampai ke tangan Da'laj lalu Da'laj memanggil lelaki ini menemuinya. Apa yang berlaku memang diluar dugaan. Da'laj melunaskan hutang 5000 dirham itu dan memberi pula 5000 dirham kepada lelaki itu sebagai hadiah.

Sikap yang ada pada Da'laj sangat asing untuk kita lihat sekarang!

Pena Tumpul- Berhati-hati memberi hutang

Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...