Skip to main content

Hukum

Seorang lelaki yang solat dan membaca Quran dipertikaikan amalannya itu hanya kerana kesilapan yang dilakukannya. Lelaki ini dituduh berlagak alim dan berlindung di balik topeng dan amalannya itu macam tidak berguna pun. Kasihan lelaki itu. Kita jangan lupa dalam diri insani boleh terkumpul dua unsur berlainan pada satu masa yang sama; kebaikan juga kejahatan. Bila kita berbicara soal jahatnya, janganlah sampai kita lupa unsur baiknya yang ada sehingga memadamkan baiknya dan menghukumnya seolah-olah dia memang sangat jahat.

Dalam hal ini pernah Rasulullah  pernah membantah terhadap perkataan sesetengah sahabat yang melaknat seorang peminum arak dalam kalangan mereka. Kisah ini diceritakan dalam sebuah hadis yang direkodkan oleh Bukhari. Dalam hadis itu dikisahkan seorang lelaki bernama Abdullah digelar keldai.Dia pernah menyebabkan Rasulullah ketawa. Juga pernah Nabi menyebatnya disebabkan kesalahannya meminum arak itu.Pada suatu hari dia ditangkap lagi (disebabkan kesalahan meminum arak),maka baginda pun menghukum lalu dia disebat. Seorang lelaki berkata: "Ya Allah..laknatilah dia,alangkah kerap dia ditangkap".Lantas Nabi pun bersabda: "Jangan kamu semua melaknatinya! Demi Allah apa yang aku tau dia mencintai Allah dan Rasulnya"

Walaupun kita tahu minum arak itu dosa besar,namun dalam masa yang sama Rasulullah tidak menafikan unsur cintakan Allah dan Rasul yang wujud dalam diri lelaki tersebut. Bahkan Nabi mempertahankan kelebihan yang ada padanya. Kita lebih wajar bersikap seperti Nabi. Jangan kerana melihat sesuatu dosa, sekalipun besar, kita menafikan unsur kebaikan lain yang ada pada diri seseorang.

Biarlah Allah yang menghukum kerana Dia lebih kenal hambanya!

Pena Tumpul - Siapa kita untuk mempertikaikan solat seseorang

Comments

Popular posts from this blog

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Rencah

P erjalanan berkereta dari Segamat ke Serting pagi ini pastinya membosankan kalau tidak disulami dengan bual bicara dan gurau ketawa. Tok Ya yang turut serta bersama isterinya selain isteri dan Haziq memecah kesunyian apabila setelah lima minit berlalu saya masih lagi senyap justeru tidak ada apa yang hendak dibualkan. Tok Ya menyuarakan rasa kesal dan terkilan di atas pemergian Pak Itam sebulan yang lalu. " Dia mungkin boleh diselamatkan kalau mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta ". Walau pun kematian Pak Itam sudah ditentukan Ilahi namun layanan dan rawatan yang diberikan oleh hospital kerajaan amat dikesalkan. Pak Itam dibiarkan berminggu-minggu terlantar di katil sebelum pembedahan dilakukan. Yang lebih mengecewakan lagi apabila kecuaian yang dilakukan semasa pembedahan sehingga berlakunya infeksi pada paru-paru. Ini fenomena biasa di hospital kerajaan. Tok Ya sempat menceritakan pengalamannya dirawat di dua hospital yang berbeza ini. Walaupun ribuan ringgit terp...