Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2010

Doa

DOA Untuk Anak Menghadapi Peperiksaan by Pak Ngah - Farit Ismeth Emir Al-Fatihah 7 kali Selawat 7 kali Subhanallah 44 kali Alhamdulillah 44 kali Allah hu Akbar 44 kali Ya Hayyu Ya Qayyum 21 kali Teruskan dengan bacaan doa.. ” Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum,Ya Rahman,Ya Rahim,Ya Latif,Ya Jabbar,Ya Khaliq,Ya Allah permudahkanlah anak-anak kami di dalam urusan mereka dalam menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu. Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu-Mu,lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah mereka dengan rahmat-Mu.Amin Ya Rabbalalamin..” Pena Tumpul - Namun perlu diingat Allah menolong mereka yang menolong diri mereka sendiri

Ahsanu

F aruk mengimami Solat Isyak dan membaca Surah Al-Mulk. Tidak pernah dia membaca surah ini sebelum ini. Saya kagum dengan kebolehan beliau menghafal surah 30 ayat ini. Saya tidak mampu namun sedang mencuba sedikit demi sedikit. Untuk menghafal surah yang panjang begini perlu kesabaran dan ketekunan. Apa yang kita boleh ambil daripada Surah ini? Kalau anda perasan, ayat 2 daripada Surah Al-Mulk bermaksud: “Dia lah yang telah menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu, siapakah di antara kamu yang terbaik amalnya; dan Ia Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun,”. Inilah yang dijelaskan oleh Faruk dalam tazkirah pendeknya sejurus selepas solat Isyak selesai. Perhatikan: “… untuk menguji kamu, siapakah di antara kamu yang terbaik amalnya” Kata Faruk, Allah menggunakan kalimah ‘ahsanu’(terbaik) dan bukannya aksaru(terbanyak) dalam menyatakan tujuannya menguji manusia. Kenapa Ahsanu? Kenapa bukan aksaru? Saya tidak perasan juga awalnya, berkenaan persoalan ini. Selama ini...

Landak

S aya ditahan oleh seorang lelaki yang kelihatannya lepasan sekolah di depan pintu bank petang ini. Sebelum itu pun saya lihat dari jauh beberapa orang yang lalu lalang secara rawak ditahan oleh kumpulan empat orang ini. Ada yang cuba mengelak dan ada yang berlalu tanpa rasa tertarik pun. Budak India ini mewakili WWF-sebuah pertubuhan yang ada kaitan dengan tangggungjawab melindungi hidupan liar. Katanya banyak hidupan liar yang telah pupus dan masyarakat yang prihatin perlu membantu. Murni tujuannya. Sementara dia bersungguh benar dengan kecintaannya kepada haiwan liar ini saya menguji pengetahuannya tentang biantang liar di negara ini sendiri. Satu persatu binatang yang saya sebutkan tidak diketahuinya pun. Saya cakap fasal landak, ungka, cenekah dan dia cuma mampu terkebil mendengarnya. Dia lebih banyak bercakap fasal penguin, rakun, kuda belang, zirafah yang saya tidak berminat pun nak dengar. " Kenapa tidak kenal landak, tidak buat homework ke?" "Saya cuma cari m...

Bersila

A nas bin Malik r.a. meriwayatkan: “Rasulullah s.a.w. tidak pernah makan di atas meja dan tidak pulak menggunakan piring kecil. baginda juga tidak pernah dijamu roti yang diperhaluskan.” Yunus (salah seorang periwayat hadis ini) berkata: “Saya bertanya kepada Qatadah, ‘Lalu di atas apakah mereka makan?’” Ia menjawab: “Di atas sufrah (kulit atau kain yang dihamparkan). ( Riwayat al-Bukhari, al-Tairmizi, ibn Majah dan Ahmad) Mak Mentua masak luar biasa banyaknya petang ini. Adiknya, Mak Uteh Ros yang cuma balik kampung waktu raya datang dengan keluarganya. Oleh kerana jarang sangat bersua muka, Mak Mentua kata mereka perlu disajikan dengan makanan yang lain daripada hari-hari biasa. Tiada daging ayam, tiada rendang dan tiada juga ketupat. Cukuplah di hari raya pertama lalu. Sudah sangat menjemukan. Isteri cadangkan supaya masak ala kampung sahaja. Lebih menyelerakan. Dan saya makan cukup berselera sekali petang ini. Ada sambal petai, ikan ke...

'Iktibar

Duit sepuluh sen ini kalau dijumpai atas jalan, saya yakin tiada siapa pun yang berminat untuk mengutipnya. Malah kalau ditalakan pada anak kecil, tidak mungkin mereka berkobar-kobar untuk memilikinya. Apalah sangat nilai duit siling 10 sen ini sekarang. Yang mampu dibeli mungkin sebiji gula-gula sahaja! Namun keadaan menjadi lain kalau duit itu bukan lagi 10 sen. Bagaimana kalau satu ribu, 10 ribu, 200 ribu, 1 juta. Begitulah obsesnya manusia terhadap duit sehingga seisi negara digemparkan dengan kisah pembunuhan paling kejam tergamak dilakukan oleh mereka yang zahirnya manusia namun bertindak lebih ganas dari binatang. Ia amat menyayat hati bagi keluarga yang terbabit. Semua yang siuman pastinya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang amat tidak bertamadun ini. Kalau berat rakyat negara ini yang memandangnya apatah lagi beratnya yang bukan kepalang yang dipikul oleh ahli keluarga yang ditinggalkan. Namun, itulah ketentuanNya. Sekali lagi wang punca kepada segalanya. Begitulah akibatn...

Chef

S ebagai seorang chef , kepulangan Along memang sentiasa kami nantikan. Bertandang raya di rumah saya, Along menyajikan kami resepi barunya iaitu Mee Hon Keling(MHK). Mee ini amat mudah untuk disediakan. Kata Along selain mee hon rencah lain yang diperlukan termasuk 2 atau 3 biji telor, kiub pati ayam dan lada kering. Mak paling teruja sampai duduk depan Along melihat dengan teliti bagaimana mee ini digoreng. Along pula tidak lokek untuk berkongsi ilmu dengan mak mentuanya ini. Fuhh! memang sedap MHK Along ini. Saya makan sampai tiga pinggan. Ngah dan keluarga datang bagai langkah kanan dan sempat menikmati dan turut menyatakan sedap dan enak. Mantoba dan keluarga juga muncul dan Along perlu menyediakan satu kuali lagi MHK. "Lepas ni bolehlah mak cuba pulak, "kata emak. Saya cadangkan pada emak supaya menyajikannya untuk kawan-kawannya yang bakal berkunjung ke rumah untuk marhaban nanti. Pasti mereka juga ditampar penangan luar biasa keunikan MHK ini. Pena Tumpul - Rindu mee ...

Jemaah

"Sesiapa yang mengerjakan solat berjemaah kerana Allah dengan memperoleh takbiratul ula selama 40 hari akan mendapat dua kelepasan, kelepasan daripada api neraka dan kelepasan daripada sifat munafik. " (Riwayat Al-Tirmizi) Saya meneliti hadis ini. Kemudian melihat pula apa yang sedang saya lakukan. Saya memilih untuk mengaku bahawa memenuhi tuntutan hadis ini bukan mudah. Namun saya sentiasa percaya bahawa Allah memang tidak pernah membebankan hambanya. Dia maha mengetahui akan kemampuan hambaNya. Bermula dengan sedikit dan kian meningkat di akhirnya pastinya lebih baik daripada melakukannya banyak-banyak namun berakhir semakin berkurang di penghujungnya. Saya memilih untuk bermula dengan yang sedikit itu. Saya melihat di sekelliling saya sebaik sahaja Ramadan berakhir baru lalu. Bilangan saf tidak sebanyak dulu, malah tidak sampai satu pun sekarang. Ke mana yang lain, saya menyoal diri sendiri. Tidak dengarkah mereka laungan azan yang makin kuat sekarang berbanding du...

5G

H ari raya musim ini pastinya amat bermakna dan bersejarah untuk Atok Dolah. Di usia 90 dia berkesempatan memiliki seorang oneng-oneng. Oneng-oneng merujuk kepada generasi kelima atau dalam Bahasa Inggerisnya great-great-great-grandchildren . Dan emak pula cukup gembira dengan cicit pertamanya pada raya kali ini. Dan tanpa saya sedari saya pula menjadi atok uda kepada anak sulung Zatil Hidayah, anak saudara saya. Terasa tuanya saya! Atok Dolah cukup gembira diberi peluang untuk memangku Ahmad Darwish, oneng-oneng sulungnya. Nenek muda tumpang gembira. Dengan memiliki tujuh anak perempuan dan tujuh menantu, Atok Dolah dikurniakan 33 cucu, 24 cicit dan seorang oneng-oneng. Sepatutnya, sekiranya semuanya berkumpul di teratak Atok hari ini, Atok Dolah akan dikerumuni 84 orang ahli keluarga, yang saya kira cukup besar juga. Namun tidak semua dapat pulang untuk mengunjungi atok. Atok Dolah khabarnya makin merosot daya ingatannya. Penglihatan kian kabur dan pendengaran juga tidak sebagus dulu...

Lailatul-Jaaizah

R amadan meninggalkan kita akhirnya malam ini. Kata Ustaz Gunawan, jika semasa bulan Ramadhan, kita ditawarkan dengan satu malam yang amat hebat iaitu Lalilatul-Qadr, maka di dalam bulan Syawal, kita ditawarkan pula dengan satu malam yang tidak kurang hebatnya, iaitu malam 1 Syawal. Malam Raya ataupun dikenali di sisi Allah s.w.t. sebagai Lailatul-Jaaizah (Malam Pengurniaan). Malam raya adalah satu malam yang tidak kurang hebatnya. Baik dari segi kemuliaan mahupun kelebihannya. Jika untuk mendapatkan Lailatul-Qadar, kita terpaksa meneka-neka dan mencari-cari bilakah tarikhnya, tetapi untuk Lailatul-Jaaizah, suatu malam yang sudah pasti masanya; tiba-tiba kita abaikan dan lupakan. Sungguh ini semua merupakan satu kerugian kepada kita. Saya tidak mahu tergolong dalam kalangan mereka yang dikatakan rugi itu. Ajakan isteri untuk ke bandar seusai berbuka saya tolak dengan baik. Saya sebaliknya mengajaknya ke masjid dan sama-sama menyertai yang lain meraikan kemenangan berpuasa...

Solat

Saya menemukan secebis kisah yang cukup menarik daripada Solusi edisi terbaru. Ia kisah syaitan yang penuh dengan tipu dayanya. Ia mempamerkan dirinya sebagai baik namun ada muslihat yang terselindung. Itulah kerja syaitan yang sentiasa ingin menyesatkan manusia. Ia tentang Syeikh Abdul Kadir al-Jailani yang hampir terlewat bangun tidur walaupun waktu Subuh hampir tiba justeru keletihan yang amat sangat. Melihat kejadian itu,syaitan telah menyamar menjadi seekor kucing dan menggigit ibu jari kaki Syeikh Abdul Kadir.Syeikh Abdul Kadir lalu terbangun. Mujur waktu Subuh baru sahaja masuk.Dalam pandangan mata hatinya Syeikh dapat melihat syaitan yang berupa seekor kucing itu. "Mengapa engkau kejutkan aku untuk solat Subuh, padahal engkau amat benci kepada mereka yang melakukan Solat..?" "Aku bimbang sekiranya engkau terlewat bangun untuk mendirikan Solat Subuh."jawab syaitan. Aku takut jika engkau terlewat untuk menunaikan solat subuh,engkau akan menampung kelew...