Skip to main content

Solat

Saya menemukan secebis kisah yang cukup menarik daripada Solusi edisi terbaru. Ia kisah syaitan yang penuh dengan tipu dayanya. Ia mempamerkan dirinya sebagai baik namun ada muslihat yang terselindung. Itulah kerja syaitan yang sentiasa ingin menyesatkan manusia.

Ia tentang Syeikh Abdul Kadir al-Jailani yang hampir terlewat bangun tidur walaupun waktu Subuh hampir tiba justeru keletihan yang amat sangat. Melihat kejadian itu,syaitan telah menyamar menjadi seekor kucing dan menggigit ibu jari kaki Syeikh Abdul Kadir.Syeikh Abdul Kadir lalu terbangun. Mujur waktu Subuh baru sahaja masuk.Dalam pandangan mata hatinya Syeikh dapat melihat syaitan yang berupa seekor kucing itu.

"Mengapa engkau kejutkan aku untuk solat Subuh, padahal engkau amat benci kepada mereka yang melakukan Solat..?"

"Aku bimbang sekiranya engkau terlewat bangun untuk mendirikan Solat Subuh."jawab syaitan. Aku takut jika engkau terlewat untuk menunaikan solat subuh,engkau akan menampung kelewatan itu dengan amalan-amalan lain yang lebih banyak dan lebih serius,"
kata syaitan tersebut.

Tambahnya lagi "Engkau akan bersedekah.Engkau akan membantu orang lain.kau akan mengajar lebih lama.Kau akan membaca al-quran untuk menampung kesalahanmu yang sedikit. Dengan itu nanti,aku dan kawan-kawanku nanti akan mendapat susah.Kerja kami akan bertambah banyak dan sukar.Jadi,lebih baik engkau solat Subuh tepat pada waktunya,dan kami tidak akan terpaksa menghadapi banyak kerja untuk menyekat amalan-amalan baikmu itu nanti..!!

Begitulah kritis dan inovatifnya syaitan dalam menyesatkan manusia. pemikirannya. Dia bukan sahaja arif tentang amalan baik dan jahat,tetapi juga arif tentang keutamaan dalam beramal.

Pena Tumpul - Dikejutkan oleh laungan azan Subuh Pak Tahir

Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...