Skip to main content

'Iktibar

Duit sepuluh sen ini kalau dijumpai atas jalan, saya yakin tiada siapa pun yang berminat untuk mengutipnya. Malah kalau ditalakan pada anak kecil, tidak mungkin mereka berkobar-kobar untuk memilikinya. Apalah sangat nilai duit siling 10 sen ini sekarang. Yang mampu dibeli mungkin sebiji gula-gula sahaja!

Namun keadaan menjadi lain kalau duit itu bukan lagi 10 sen. Bagaimana kalau satu ribu, 10 ribu, 200 ribu, 1 juta. Begitulah obsesnya manusia terhadap duit sehingga seisi negara digemparkan dengan kisah pembunuhan paling kejam tergamak dilakukan oleh mereka yang zahirnya manusia namun bertindak lebih ganas dari binatang. Ia amat menyayat hati bagi keluarga yang terbabit. Semua yang siuman pastinya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang amat tidak bertamadun ini. Kalau berat rakyat negara ini yang memandangnya apatah lagi beratnya yang bukan kepalang yang dipikul oleh ahli keluarga yang ditinggalkan. Namun, itulah ketentuanNya.

Sekali lagi wang punca kepada segalanya. Begitulah akibatnya kalau wang dan harta dilebihkan dari segala yang ada. Kerana wang dan harta manusia tergamak sahaja membunuh orang lain. Saya melihat apa yang berlaku ini amat wajar dijadikan 'iktibar. Dan kisah berikut ini memperlihatkan bahawa ketamakan pada harta telah berlaku sejak zaman para nabi lagi dan akan terus berlaku sampai bila-bila.

Pada suatu hari, ketika Nabi Isa sedang menyampaikan khutbah, tiba-tiba seorang pemuda berkata, “Hai anak Mariam! Kami tidak percaya adanya kehidupan di akhirat. Kami juga tidak percaya adanya syurga dan neraka. Bagi kami itu semua tidak penting. Kami boleh hidup senang dan bahagia tanpa agama. Kalau ada harta, hidup kami sudah tentu bahagia.”

“Harta tidak menjamin ketenteraman hidup, saudara-saudaraku,” sahut Nabi Isa bersuara keras. Nabi Isa seteruanya menambah, “ Baiklah. Jika sudah demikian pendapat saudara-saudara, nanti datanglah berjumpa dengan saya. Mungkin ada rezeki untuk saudara-saudara.”

Mereka tahu anak Mariam tidak pernah berdusta. Maka mereka pun pergilah berjumpa Nabi Isa di khemahnya. Nabi Isa memberikan sekeping peta kepada mereka. Peta itu menunjukkan tempat simpanan harta karun yang banyak. Tempat menyimpan harta itu terletak di dalam gua di puncak sebuah bukit yang curam.

Dengan ceria dan gembira pergilah mereka bertiga ke tempat yang dimaksudkan dengan peralatan yang secukupnya. Setelah mengalami perlbagai kepayahan, akhirnya mereka sampai ke gua tempat harta itu tersimpan. Dengan hati berdebar-debar mereka masuk ke dalam gua. Memang benar, di dalam gua itu terdapat banyak peti-peti berisikan emas dan intan berlian.Mereka pun berbincang bagaimana cara membawa harta itu turun dari gua di puncak bukit tanpa di ketahuai orang lain. Akhirnya mereka bersetuju setuju supaya harta-harat itu diangkut bergilir-gilir ke sebuah hutan di kaki bukit. Kebetulan di situ terdapat sebuah rumah lama yang tidak berpenghuni lagi. Dengan susah payah, akhirnya semua harta itu dapat diangkut ke rumah itu. Dan mereka mahu membahagikan harta-harta itu di situ.

Tiba-tiba salah seorang daripada mereka berkata, “Perut kita lapar. Jika kita bahagikan harta ini sekarang, orang akan nampak kita membawa emas berlian ke kedai makan nanti. Ini tentu membahayakan diri sendiri.”

“Betul juga, jadi apa yang harus kita buat?” sahut kawannya yang berdua lagi.“Saya cadangkan agar salah seorang daripada kita pergi membeli makanan. Dua orang lagi tinggal di sini menjaga harta,” jawab pemuda pertama tadi.

Cadangannya itu dipersetujui. Salah seorang daripada mereka pun pergilah membeli makanan di pekan berdekatan. Kerana perutnya sangat lapar, dia makan di situ sahaja. Kemudian dia meminta dua bungkus lagi untuk dua orang kawannya yang tinggal.

Ketika penjual itu sedang membungkus makanan, dia terfikir, ‘Sekiranya makanan ini aku bubuh racun, sudah tentu harta tadi tidak perlu dibahagi tiga. Aku yang akan memiliki semuanya.’

Kemudian dia nekad dengan fikirannya itu lalu di pergi membeli racun di sebuah kedai berdekatan. Setelah kedua-dua bungkus makanan itu dibubuh racun, dia membungkusnya semula dengan rapi dan balik semula ke rumah kosong tempat dua orang lagi kawannya sedang menunggu.

Dalam pada itu, sepeninggalan dia pergi membeli makanan, rakannya yang tinggal menunggu harta membuat pakatan jahat terhadapnya.“Betul juga kata kamu. Jika dia masih hidup, harta ini akan terpaksa dibahagi tiga. Jika dia kita hapuskan, harta ini akan jadi milik kita berdua sahaja.”“Itulah yang aku maksudkan,” kata lelaki kedua.“Tapi, bagaimana caranya.”“Begini, sebelum dia balik kita siapkan batang besi dan kita bersembunyi di belakang pintu. Apabila dia masuk, kita terus pukul kepalanya sampai dia mati.”“Ha.... haa.... haaaa.... mudah sekali,” kata mereka sambil ketawa.

Tidak berapa lama kemudian, kawan mereka pun muncul di pintu rumah itu. Mereka cepat-cepat bersembunyi di belakang puntu. Sebaik sahaja kawan itu melangkah masuk, mereka berdua terus memukul kepalanya bertubi-tubi tanpa belas kasihan. Akhirnya kawan mereka itu tersungkur jatuh dan tidak bernafas lagi.

Dengan gembira mereka menyeret mayat rakannya lalu membungkannya ke dalam sebuah perigi buta berhampiran. Selepas itu mereka pun mula mengambil seorang sebungkus makanan yang dibeli kawannya tadi dan membukanya untuk dimakan. Kerana lapar mereka makan dengan lahap sekali.

Setelah menelan dua tiga suap, nafas mereka jadi sesak. Kerongkong mereka terasa panas bagaikan dibakar. Mulut mereka berbuih-buih. Penglihatan mereka jadi gelap dan mereka terkapar-kapar kesakitan. Akhirnya, kedua-duanya mati keracunan. Dan harta yang mereka angkut itu tinggal di dalam rumah kosong itu tanpa ada yang punya.

Pena Tumpul - Kaya susah miskin lagilah susah

Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...