Skip to main content

5G

Hari raya musim ini pastinya amat bermakna dan bersejarah untuk Atok Dolah. Di usia 90 dia berkesempatan memiliki seorang oneng-oneng. Oneng-oneng merujuk kepada generasi kelima atau dalam Bahasa Inggerisnya great-great-great-grandchildren. Dan emak pula cukup gembira dengan cicit pertamanya pada raya kali ini. Dan tanpa saya sedari saya pula menjadi atok uda kepada anak sulung Zatil Hidayah, anak saudara saya. Terasa tuanya saya!

Atok Dolah cukup gembira diberi peluang untuk memangku Ahmad Darwish, oneng-oneng sulungnya. Nenek muda tumpang gembira. Dengan memiliki tujuh anak perempuan dan tujuh menantu, Atok Dolah dikurniakan 33 cucu, 24 cicit dan seorang oneng-oneng. Sepatutnya, sekiranya semuanya berkumpul di teratak Atok hari ini, Atok Dolah akan dikerumuni 84 orang ahli keluarga, yang saya kira cukup besar juga. Namun tidak semua dapat pulang untuk mengunjungi atok.

Atok Dolah khabarnya makin merosot daya ingatannya. Penglihatan kian kabur dan pendengaran juga tidak sebagus dulu. Kata nenek, Atok Dolah makin manja dan ingin dibelai bagai budak kecil. Walaupun atok masih solat, namun tidak tentu waktunya, dan nenek tidak boleh buat apa-apa.

Pena Tumpul - Teringat Atok Senah yang sudah pergi lebih dulu meninggalkan Atok

Comments

Popular posts from this blog

Rencah

P erjalanan berkereta dari Segamat ke Serting pagi ini pastinya membosankan kalau tidak disulami dengan bual bicara dan gurau ketawa. Tok Ya yang turut serta bersama isterinya selain isteri dan Haziq memecah kesunyian apabila setelah lima minit berlalu saya masih lagi senyap justeru tidak ada apa yang hendak dibualkan. Tok Ya menyuarakan rasa kesal dan terkilan di atas pemergian Pak Itam sebulan yang lalu. " Dia mungkin boleh diselamatkan kalau mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta ". Walau pun kematian Pak Itam sudah ditentukan Ilahi namun layanan dan rawatan yang diberikan oleh hospital kerajaan amat dikesalkan. Pak Itam dibiarkan berminggu-minggu terlantar di katil sebelum pembedahan dilakukan. Yang lebih mengecewakan lagi apabila kecuaian yang dilakukan semasa pembedahan sehingga berlakunya infeksi pada paru-paru. Ini fenomena biasa di hospital kerajaan. Tok Ya sempat menceritakan pengalamannya dirawat di dua hospital yang berbeza ini. Walaupun ribuan ringgit terp...

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...