Skip to main content

Lailatul-Jaaizah

Ramadan meninggalkan kita akhirnya malam ini. Kata Ustaz Gunawan, jika semasa bulan Ramadhan, kita ditawarkan dengan satu malam yang amat hebat iaitu Lalilatul-Qadr, maka di dalam bulan Syawal, kita ditawarkan pula dengan satu malam yang tidak kurang hebatnya, iaitu malam 1 Syawal.

Malam Raya ataupun dikenali di sisi Allah s.w.t. sebagai Lailatul-Jaaizah (Malam Pengurniaan). Malam raya adalah satu malam yang tidak kurang hebatnya. Baik dari segi kemuliaan mahupun kelebihannya. Jika untuk mendapatkan Lailatul-Qadar, kita terpaksa meneka-neka dan mencari-cari bilakah tarikhnya, tetapi untuk Lailatul-Jaaizah, suatu malam yang sudah pasti masanya; tiba-tiba kita abaikan dan lupakan.

Sungguh ini semua merupakan satu kerugian kepada kita. Saya tidak mahu tergolong dalam kalangan mereka yang dikatakan rugi itu. Ajakan isteri untuk ke bandar seusai berbuka saya tolak dengan baik. Saya sebaliknya mengajaknya ke masjid dan sama-sama menyertai yang lain meraikan kemenangan berpuasa sebulan Ramdan dengan bertakbir kepadaNya.

Kata Ustaz lagi berakhirnya Ramadhan dengan munculnya anak bulan 1 Syawal bukanlah penamat segala kebaikan dan limpahan rahmat Allah s.w.t. Sebaliknya, malam hari raya tersebut merupakan satu malam yang mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.
Alangkah ruginya, jika setelah sepanjang Ramadhan kita bersungguh-sungguh melakukan amal ibadah dan segala kebajikan; tiba-tiba pada malam yang penuh barakah ini, kita dilekakan dengan kesibukan persiapan hari raya. Saya katakan pada isteri, kita dahulukan dengan meraikan kehebatan malam ini memuji Allah dan selebihnya jika ada yang masih tidak selesai lagi bolehlah di uruskan kemudian.

Kami ke bandar sekitar 11 malam. Ramainya orang! Begitulah orang kita selagi belum raya selagi itulah ada benda yang ingin dibeli. Tidak pernah cukup.

Pena Tumpul - Selamat jalan Ramadan

Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...