I su penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik tidak pernah selesai. Pelbagai pihak menyuarakan pandangan. Ada yang bersetuju ia wajar diteruskan. Ada juga yang berpandangan ia perlu dihentikan. Masing-masing ada hujah yang mahu dipertahankan, tidak kiralah apa motifnya samada politik atau bukan politik. Namun yang paling penting janganlah setiap kali kemelut ini berlaku, pelajarlah yang jadi mangsanya. Ibarat gajah sama gajah yang berjuang, pelanduk pula yang mati tersepit di tengah-tengah. Apa pun pendirian yang diambil dan cuba dipertahankan tetap ada baik dan buruknya. Tidak ada satu pun yang boleh memuaskan hati semua pihak seperti tidak adanya sejenis ubat yang boleh merawat seribu satu penyakit. Namun, saya selalu melihat, jalan yang terbaik adalah dengan mengambil jalan tengah. Tiada siapa yang menang semua dan tidak juga ada yang kalah semua. Ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut jangan sampai putus dan tepung tidak pula sampai berserakan. Jangan s