Skip to main content

Refleksi

Kata seorang pakar motivasi ini, dunia adalah refleksi diri kita. Bagaimana kita begitu jugalah dunia. Kalau kita memandang dunia ini sedih, akan sedihlah kita. Kalau suka, sukalah yang akan dibalikkan kepada kita. Ia ibarat kita melihat cermin. Kalau kita senyum di dalam cermin, wajah senyum itulah yang berbalik kepada kita. Kalau wajah marah yang kita lontarkan di cermin, maka wajah marah itulah yang kita dapat. Kalau kita sentiasa ceria, dunia turut meraikan keceriaan kita. Begitulah sebaliknya.

Dia berkongsi kisah yang cukup menarik ini. Seorang raja yang meminati lukisan memerintahkan seorang pelukis untuk melakarkan lukisan yang hebat di tembok dalam istananya. Dalam masaya yang sama datang seorang lagi pelukis yang meminta untuk melukis di bahagian tembok yang bertentangan dengan tembok pelukis pertama tadi. 

Raja tidak membantah. Namun pelukis kedua ini berjanji akan melukis sesuatu yang serupa dengan pelukis pertama tadi. Dia tidak memerlukan sebarang alat melukis pun. Dia juga meminta dipasang tabir pemisah antara dua tembok itu supaya dia tidak dikatakan mencuri pandang pelukis pertama tadi.

Kerja-kerja melukis bermula. Ketika pelukis yang pertama menggunakan berus dan cat pelbagai warna untuk melukis, pelukis kedua cuma perlu membawa beberapa baldi air dan kain buruk setiap hari. Setelah sebulan berlalu, kerja selesai dilaksanakan. Raja begitu teruja untuk melihat hasilnya.Dia terpegun dengan lukisan yang dihasilkan oleh pelukis pertama. Dia meminta tabir pemisah dibuka untuk melihat hasil sentuhan pelukis kedua pula. Raja lebih terpegun lagi bila melihat hasil lukisan yang sama dan tidak berbeza sedikit pun dengan lukisan pertama tadi. 

Raja bertanya kepada pelukis kedua apa rahsianya. "Mudah saja! Saya cuma menggosok tembok marmar itu setiap hari dan sehingga licin dan bersinar seperti cermin. Sudah tentu akan berlaku pembalikan dari lukisan yang pertama pada tembok yang satu lagi itu dan ia terpancar pada tembok yang berkilat bak cermin itu tadi," kata pelukis kedua itu.


Pena Tumpul - Gosok kasut sampai licin dan berkilat


Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...