Skip to main content

Tafsir


Membaca AlQuran tanpa memahami maknanya tidaklah salah tetapi alangkah baiknya maknanya juga difahami dan terlebih baik lagi kiranya dihayati dan dijadikan panduan dalam hidup. Sudah berulang-ulang kali ayat yang sama kita baca namun jarang sekali kita mahu berkisah tentang maknanya.

Ustaz Zahazan yang selalu didengar lewat Radio Ikim tidak jemu-jemu menyarankan supaya memiliki sebuah Tafsir AlQuran. Satu ayat di bawah ini sempat saya baca dan dalami maknanya. Pemahaman menjadi lebih mudah kalau kita tahu dan mahir Bahasa Arab. Seronok kalau dengar Uztaz Zahazan mentafsir ayat Quran dengan kelebihan Bahasa Arab yang dimilikinya.
 
Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (2:29)
Bila Allah cerita ayat ini, Allah kata – Aku menciptakan segala yang ada di bumi untuk kamu. Huwallazi khalaqa lakum mafil ardhi – kalau terjemah direct bahasa Arab – Dia yang menciptakan untuk kamu segalanya yang ada di bumi. Kiranya – pembuat dalam ayat ini adalah Allah. Apa fe’el dia? Apa perbuatannya? Perbuatan dalam ayat ini adalah mencipta. Apa yang dia cipta? Apa maf’ulum bih dalam ayat ini? Segala yang ada di bumi. Tapi tiba-tiba di dalam ayat ini, di tengah-tengah ayat ada perkataan lakum – untuk kamu. Allah mendahulukukan lakum sebelum maf’ulum bih.

Analogi paling mudah, kalau kita ingin belikan hadiah untuk seorang teman, apa yang kita lakukan terlebih dahulu? Biasanya kita beli hadiah dulu, baru cari orangnya. Atau kita sudah pasti siapa orangnya, baru beli hadiah? Mesti kita  sudah pasti dulu siapa orangnya kan? Sebabnya kita mahu pastikan hadiah itu begitu istimewa untuk dirinya.

Begitulah Allah. Dia pastikan segala ciptaannya begitu istimewa untuk manusia. Dia mendahulukan lakum – untuk kamu, untuk kita! Misalnya Allah telah menyediakan bumi berjuta tahun sebelum kita dijadikan. Maha hebat Allah!

Cuba fikirkan mengenai kejadian petroleum. Saintis sendiri mengatakan bahawa pembentukan petroleum mengambil masa berjuta tahun. Petroleum dijadikan dari daun, pokok dan bahan lain. Semua itu mengambil masa berjuta tahun lamanya. Kalau ikut sejarah nabi Adam dengan masa kini, semuanya itu mengambil masa dalam 10000 tahun sahaja. Firaun berapa ribu tahun? Mengikut pakar arkeologi adalah 2000-3000 tahun. Maksudnya Nabi Musa sehingga Nabi Adam dalam 10 000 tahun sahaja. 10 000 tahun belum cukup untuk menghasilkan petroleum. Itulah buktinya bahawa Allah menciptakan bumi ini berjuta tahun sebelum kejadian manusia. Bukankah proses penciptaan Nabi Adam sendiri dari tanah yang diambil di bumi? Cuba fikirkan seketika. Jin iblis pun sudah tinggal di bumi lama sebelum kita. Pernah tidak jin iblis menggunakan petroleum? Tidak pernah kan? Hanya manusia yang datang selepas berjuta tahun sahaja yang menggunakannya. Itulah gambaran betapa alam ini dijadikan semata-mata untuk manusia dan agar manusia menggunakannya sebagai alat untuk berubudiah kepada Allah.

Di atas semua keistimewaan yang Allah berikan, di atas segala nikmat cintaNya yang kita kecapi, Allah sebagai Rabb yang menciptakan segalanya untuk kita, tidak inginkah kita untuk menjadi hamba yang bersyukur? Tidak terlintaskah di hati kita untuk meletakkan Allah di takhtaNya semula?

Bersyukurlah!

Pena Tumpul - Terima Kasih Ustaz Zahazan

Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...