Skip to main content

Bajet

PM membentangkan belanjawannya petang ini. Sejujurnya saya melihatnya sebagai belanjawan paling terbaik setakat ini. Ia baik bukan kerana semua mendapat habuan. Dari seorang gelandangan hingga ke seorang ahli Parlimen. Tidak ada sesiapa pun yang terpinggir. Malah orang asli juga mendapat manafaat dari bajet ni. Begitu juga nelayan, pemandu teksi dan setiap orang pelajar sekolah juga tidak tercicir.

Seingat saya sejak mengikuti pembentangan bajet sejak beberapa tahun lalu inilah bajet yang dikira paling pemrah dan mesra rakyat. Penjawat awam senyum lebar dijanjikan bonus sebulan gaji tahun ini. Begitu juga khabar gembira akan kenaikan gaji yang bakal berlaku pada tahun depan. Mereka yang berpendapatan rendah juga ada sebab untuk gembira kerana bantuan kewangan bagi meredakan himpitan hidup yang cukup terasa sekarang. Walaupun sedikit tetapi tentunya lebih baik daripada tidak dapat langsung.

Pun begitu, sudah lumrah rumah siap pahat berbunyi. Suara-suara sumbang kedengaran bahawa bajet ini bajet memancing rakyat menjelang pilihanraya akan datang. Namun rakyat bukanlah tidak bijak. Undi rakyat tidak dipengaruhi oleh bajet ini. Bajet dirangka untuk pembangunan negara dan manafaat rakyat secara keseluruhannya. Jadi, cubaan untuk mengaitkan bajet dengan pilihanraya adalah cakap-cakap orang yang bermotifkan kepentingan politik semata-mata.

Bajet baru dibentang, barang dah mula naik dan akan terus naik. Pendapatan boleh guna tetap macam dulu walau gaji dinaikkan. Pihak penguatkasa kena bertindak terhadap peniaga cekik darah hingga ke akar umbi!
 
Juga lihat bajet pihak yang satu lagi, alahai!

Comments

Popular posts from this blog

Kuasa

B ila memandu di lebuhraya, keinginan untuk memandu laju melampaui had yang ditetapkan cukup membuak-buak. Sesekali ada peluang kereta dipecut semahunya. 110km sejam yang ditetapkan bagai tidak diendah lagi. Tidak terfikir lagi tentang perangkap laju yang mungkin tersorok di mana-mana menunggu mangsa. Kuatnya pengaruh kuasa. Saya memotong kereta satu demi satu tanpa gusar dan ragu.Namun momentum terus bertukar perlahan sebaik sahaja memotong sebuah kereta Waja. Kereta ini benar-benar mempengaruhi saya supaya tidak terus memandu laju. Sebabnya mudah sahaja. Kereta yang saya potong itu ada logo Polis di belakangnya. Walaupun saya tahu bukanlah satu kesalahan pun untuk memotong mana-mana kereta berlogo begitu namun pengaruh logo itu memang cukup kuat. Begitu juga kesan daripada warna baju hijau memantul cahaya yang selalu dipakai polis. Terpandang sahaja kelibat baju hijau ini dari jauh, tali pinggang yang sengaja tidak dipakai akan bergolot dipakai. Akhirnya tertipu sendiri bila ...

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w...

Cukur jambul

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi) Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin. Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan ...