Skip to main content

Pilihan

Isu penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik tidak pernah selesai. Pelbagai pihak menyuarakan pandangan. Ada yang bersetuju ia wajar diteruskan. Ada juga yang berpandangan ia perlu dihentikan. Masing-masing ada hujah yang mahu dipertahankan, tidak kiralah apa motifnya samada politik atau bukan politik. Namun yang paling penting janganlah setiap kali kemelut ini berlaku, pelajarlah yang jadi mangsanya. Ibarat gajah sama gajah yang berjuang, pelanduk pula yang mati tersepit di tengah-tengah.

Apa pun pendirian yang diambil dan cuba dipertahankan tetap ada baik dan buruknya. Tidak ada satu pun yang boleh memuaskan hati semua pihak seperti tidak adanya sejenis ubat yang boleh merawat seribu satu penyakit. Namun, saya selalu melihat, jalan yang terbaik adalah dengan mengambil jalan tengah. Tiada siapa yang menang semua dan tidak juga ada yang kalah semua. Ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut jangan sampai putus dan tepung tidak pula sampai berserakan. Jangan sampai menang sorak tetapi kampung tergadai.

Sistem pendidikan kita memang sudah begini keadaannya dan perlu diterima. Ada sekolah aliran Melayu dan aliran bukan Melayu di peringkat sekolah rendah. Ini realiti yang tidak boleh disangkal. Dahulu kita pernah ada aliran Inggeris juga, namun dimansuhkan atas sebab-sebab yang tidak perlu dijelaskan. Umum mengetahuinya. Jadi, dalam meredakan suara-suara bising yang tidak diketahui entah sampai bila akan selesai, adalah dikira wajar sekiranya sekolah aliran Inggeris ini diwujudkan semula. Ajar semua subjek dalam Bahasa Inggeris termasuk Sains dan Matematik ini. Beri kebebasan kepada ibu bapa untuk membuat pilihan aliran sekolah yang terbaik untuk anak mereka.

Kalau dikhuatiri jati diri bakal tercalar dek bahasa, ingatlah ular yang menyusur akal tidak akan hilang bisanya!

 Pena Tumpul - Belajar dalam aliran Inggeris namun masih tebal keMelayuannya

Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...