Skip to main content

Cameron

"Dah lebih separuh abad, Cameron Highland pun tak sampai-sampai lagi"

Saya dengar mak mertua menyuarakannya kepada isteri yang duduk di belakang dalam perjalanan kami pulang dari Langkawi. Saya sedar pasti dia terpandangkan papan tanda di lebuh raya yang jelas memaparkan susur keluar ke tanah tinggi ini. Saya tahu bukan mak mertua sahaja yang belum pernah mendaki tanah tinggi ini. Semua yang ada dalam kereta waktu itu memang belum pernah pergi pun. Saya tidak mahu menghampakan mereka. Walau mereka tidak meminta apa tah lagi mendesak untuk ke sana, saya tahu mereka akan gembira jika berpeluang ke sana walau untuk seketika.

Di susur keluar Tapah saya lencongkan arah kereta dan mendaki Cameron. Pemanduan yang meletihkan dan membosankan. Pergerakan kereta demut bagai siput. Kereta bertali arus. Perjalanan ke Tanah Rata yang sepatutnya memakan masa lebih kurang sejam melarat hingga dua jam lebih. Saya percaya jumlah kenderaan tidak akan sebanyak itu di luar musim perayaan. Tidak mengapalah asalkan mereka semua gembira. Alang-alang sudah ke utara, biarlah singgah sekali biarpun keletihan memandu masih terasa. 

Kami tidak lama di tanah tinggi ini. Sesak merencatkan keseronokan. Namun sempat juga singgah sebentar di Cactus Point. Tidak banyak sangat yang dibeli pun. Kenderaan sudah cukup sarat untuk disumbat lagi. Masing-masing menahan keinginan lebih-lebih lagi Mak Mertua yang terpaksa berpuas hati hanya dengan sepohon anggerik sahaja. Kesian! Seperti biasa isteri sebok dengan kameranya dan hobi bergambar serta menangkap gambar. Biarkan! Hasrat untuk singgah sebentar di Ladang Boh juga terpaksa dibenamkan. Sesak dengan kenderaan.

Hasrat untuk membeli kaktus juga terpaksa dikuburkan!

Pena Tumpul - Letih tetapi suka tengok mereka amat suka

Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...