Skip to main content

Hias

"Jangan jalan dengan saya kalau abang tak cukur muka tu"

Saya ingin berkongsi cerita yang amat menarik ini. Ia tentang perlunya pasangan suami isteri mengambil berat soal penampilan dan kekemasan diri. Penampilan diri yang sentiasa kemas dan rapi akan menarik cinta dan kasih sesama pasangan. Isteri perlu berdandan untuk suami dan begitu juga suami perlu menonjolkan macho buat isteri yang disayangi. Ia adalah keperluan timbal balik. Suami tidak sewajarnya kusut masai dan macam tidak terurus. Isteri pula cuma rasa perlu untuk mendandan dan menyolek diri bila mahu keluar rumah sedangkan suami di dalam rumah cuma disaji dengan penampilan kelas ketiga sahaja. Tidak elok begitu.

Ada risikonya kalau soal penampilan diri ini dikesampingkan dalam hubungan suami isteri. Ini digambarkan dalam kisah seorang isteri ini.

Suatu hari seorang wanita bersama suaminya menemui Khalifah Umar al-Khattab. Dengan wajah seribu harapan, wanita tersebut meminta Khalifah Umar agar mengizinkan dirinya bercerai dengan suaminya.

"Wahai Amirul Mukminin, aku bukan bagi diriku dan bukan pula suamiku ini. Bebaskanlah aku daripadanya,"ujar wanita itu penuh mengharap.

Namun Umar tidak segera menjawab permohonan itu. Beliau memandang ke arah suami wanita itu. Rambutnya kusut masai, kukunya panjang, janggutnya tidak terurus, wajahnya pula pucat lesi dan cara berpakaiannya benar-benar menyemakkan pandangan mata.

Lalu Umar memberi isyarat kepada kepada lelaki itu.Beliau memerintahkan lelaki itu mandi, memotong kuku, memotong rambut dan menyikatnya dengan rapi. Lelaki itu segera melaksanakan perintah Umar itu.

Tidak lama kemudian, lelaki itu datang kembali. Lalu Umar mengisyaratkan supaya lelaki itu memegang tangan isterinya yang langsung tidak mengenalinya. Wanita itu terkejut kerana "lelaki asing" itu memegang tangannya lantas berkata, "Wahai hamba Allah, subhanallah! apakah engkau tidak malu melakukan perkara seperti ini di hadapan Amirul Mukminin?"

Melihat adegan tersebut, Umar tersenyum lalu menjelaskan kepada wanita tersebut bahawa lelaki yang menggenggam tangannya ialah suaminya sendiri.

Dengan tersipu-sipu, wanita itu berkata kepada Umar bahawa ia ingin membatalkan permintaannya sebelum ini. Akhirnya, pasangan itu pun kembali dengan mesra bergandingan tangan.

"Begitulah seharusnya para suami mempersembahkan diri kepada isteri. Sesungguhnya isteri lapang hatinya apabila suami berhias untuk mereka, sebagimana suami berasa tenang dan senang apabila isteri berdandan untuk mereka," kata Umar.

Pena Tumpul - Sesekali isteri akan cukurkan muka dan buangkan kuku dan saya tahu kenapa

Comments

Popular posts from this blog

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Rencah

P erjalanan berkereta dari Segamat ke Serting pagi ini pastinya membosankan kalau tidak disulami dengan bual bicara dan gurau ketawa. Tok Ya yang turut serta bersama isterinya selain isteri dan Haziq memecah kesunyian apabila setelah lima minit berlalu saya masih lagi senyap justeru tidak ada apa yang hendak dibualkan. Tok Ya menyuarakan rasa kesal dan terkilan di atas pemergian Pak Itam sebulan yang lalu. " Dia mungkin boleh diselamatkan kalau mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta ". Walau pun kematian Pak Itam sudah ditentukan Ilahi namun layanan dan rawatan yang diberikan oleh hospital kerajaan amat dikesalkan. Pak Itam dibiarkan berminggu-minggu terlantar di katil sebelum pembedahan dilakukan. Yang lebih mengecewakan lagi apabila kecuaian yang dilakukan semasa pembedahan sehingga berlakunya infeksi pada paru-paru. Ini fenomena biasa di hospital kerajaan. Tok Ya sempat menceritakan pengalamannya dirawat di dua hospital yang berbeza ini. Walaupun ribuan ringgit terp...