Skip to main content

Hangat

Saya menunaikan permintaan Haziq dan dia dapat motosikal idamannya. Dia gembira bukan kepalang. Kegembiraaanya itu diterjemahkan dalam tindakannya. Apa sahaja yang saya dan mamanya suruh sepantas kilat dilakukannya tanpa banyak soal. Sebelum ini apa yang dibuatnya disulami dengan dengusan dan bantahan.

Saya nampak perubahannya sekarang. Rajin. Taat. Dengar kata. Tidak membantah. Saya dan isteri cukup senang dengan perubahan yang kami lihat ini. Sekurang-kurangnya berbaloi juga pelaburan kami pada motosikal yang tidak murah pun. Ucapan terima kasihnya menjulang tinggi untuk saya. Dilafaz berulang-ulang kali. Saya amat sedar Haziq memang amat gembira memiliki motosikal baru itu.

Namun bukan ucapan terima kasih yang sangat-sangat saya dambakan dari dia. Saya mahu lebih dari sekadar ucapan yang sangat mudah untuk dilontarkan itu. Saya mahu dia jadi seorang anak yang menyenangkan dan menyelesakan hati saya dan isteri dan seluruh keluarga. Saya mahu dia cemerlang dalam pelajarannya. Saya juga mahu dia cemerlang akhlaknya. Juga mahu dia cemerlang dalam ibadahnya. Juga cemerlang solatnya berbanding dulu. Setakat ini dia tidak menghampakan saya. Saya masih memerhatikannya sambil memberinya masa untuk dia meniti perubahan demi perubahan.

Saya dan isteri tidak mahu dia hangat buat seketika. "Ayah dan mama tak nak semuanya hangat-hangat tahi ayam aja, mula-mula aja lama-lama nanti sejuk dan balik macam asal",saya mengingatkannya.

"Ayah tengoklah nanti, Haziq memang betul-betul nak berubah, beri Haziq masa", jawabnya penuh yakin.

Saya tidak mahu motosikal itu mengubahnya tetapi sekurang-kurangnya membakar semangatnya untuk berubah!

Pena Tumpul - Cuma mampu kayuh basikal tua ayah sahaja

Comments

aisha said…
I enjoyed your post. It’s a lot like college – we should absorb everything we can but ultimately you need to take what you’ve learned and apply it.Nice man. Extremely informative post. I'll be sure to pass this along to my friends.
Isuzu Ascender AC Compressor

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...